Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 22 tahun didakwa muat naik gambar, video lucah ke wadah OnlyFans

Seorang lelaki berusia 22 tahun didakwa pada Khamis (30 Dis) atas kesalahan memuatnaikkan gambar-gambar dan video-video lucah ke wadah online OnlyFans.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 22 tahun didakwa muat naik gambar, video lucah ke wadah OnlyFans

Logo OnlyFans pada sebuah tablet. (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun didakwa pada Khamis (30 Dis) atas kesalahan memuatnaikkan gambar-gambar dan video-video lucah ke wadah online OnlyFans.

Titus Low Kaide dituduh memuat naik 32 gambar lucah dan 29 video seumpama itu ke akaun OnlyFans miliknya antara April dengan Oktober tahun ini.

Dia juga didakwa gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan terhadapnya pada 11 Oktober yang melarangnya daripada mengakses atau menggunakan akaun OnlyFans miliknya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Low didakwa memuat naik tiga lagi gambar lucah dan lima video lucah ke akaunnya pada Oktober.

Polis menyatakan pada Rabu ia menerima aduan pada 4 September mengenai seorang lelaki yang dipercayai menyebarkan "bahan lucah dalam bentuk gambar dan video bahagian sulitnya" melalui akaun OnlyFans miliknya.

Dia dikenakan perintah agar tidak mengakses akaun tersebut.

Polis menambah Low didakwa menulis kepada pihak pentadbir OnlyFans, mendakwa akaunnya tidak selamat, dan kata laluannya ditukar selepas itu.

Kesalahan menyebarkan bahan lucah secara elektronik membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan, denda atau kedua-duanya sekali.

Jika didapati bersalah kerana gagal mematuhi perintah untuk tidak mengakses akaun OnlyFans miliknya, Low boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak melebihi S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan