Lelaki 22 tahun didakwa miliki Kpod untuk dijual
Muhammad Sabriee Mohd Tahar tiba di Mahkamah Negara pafa 7 Ogos 2025. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
This audio is generated by an AI tool.
Kpod merujuk kepada pod vape yang mengandungi cecair vape yang dicampur dengan etomidate. Para penjual online mendakwa ia "tidak boleh dikesan" pada ujian air kencing.
Muhammad Sabriee Mohd Tahar didakwa dengan lima tuduhan berhubung insiden di Coleman Street pada 5 Okt 2024.
Dia didakwa dengan dua tuduhan di bawah Akta Racun - yang pertama kerana memiliki tiga pod vape yang mengandungi etomidate di kawasan luar Hotel Grand Park City Hall di 10 Coleman Street pada pukul 12.10 tengah malam pada 5 Okt 2024.
Pod itu untuk dijual, menurut kertas pertuduhan.
Etomidate diklasifikasikan sebagai racun di bawah Akta Racun dan import serta penjualan bahan tersebut memerlukan lesen.
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sebelum ini memberi amaran bahawa dengan menghisapnya terus ke dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kekejangan, masalah pernafasan dan sawan.
Tuduhan lain di bawah Akta Racun mendakwa dia tahu bahawa dua pod vape tambahan itu mengandungi etomidate, sekalipun tanpa label jelas yang menunjukkan kandungannya dan tanpa sebarang perbezaan atau tanda yang menunjukkan bahawa ia mengandungi racun.
Baki tiga tuduhan adalah di bawah Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Penjualan) - kerana mempunyai tiga Kpod untuk dijual, dan memiliki tiga vape dan dua Kpod untuk tujuan selain daripada penjualan.
Apabila ditanya bagaimana dia akan membuat pengakuan terhadap tuduhan Kpod dan vape, Sabriee berkata dia akan mengaku bersalah.
Para pendakwa raya berkata mereka mempunyai pendirian tentang berapa banyak tuduhan yang akan dikenakan, tetapi mereka tidak mempunyai kedudukan untuk menjatuhkan hukuman.
Ini kerana mereka sedang menunggu satu lagi kes melibatkan Kpod, yang ditetapkan pada akhir bulan ini, untuk diselesaikan.
Selain tuduhan-tuduhan itu, Sabriee menghadapi lebih 10 tuduhan lain yang dikemukakan sebelum ini.
Ini termasuk tuduhan memiliki 13 kad ATM yang diperoleh secara haram, menghalang keadilan dengan memijak telefon bimbitnya sebanyak tiga kali, dan menggunakan kad ATM tanpa kebenaran di mesin ATM.
Persidangan praperbicaraan telah ditetapkan untuk Sabriee pada 13 Ogos.
Kerana memiliki Kpod untuk dijual di bawah Akta Racun, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.
Hukuman adalah sama bagi kesalahan memiliki racun tanpa tanda atau label yang membezakan di bawah Akta Racun.
Kerana memiliki produk tembakau tiruan untuk dijual, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.
Pesalah berulang berdepan dua kali ganda hukuman penjara maksimum dan denda.
Kerana memiliki produk tembakau tiruan dalam bentuk Kpod, dia boleh didenda sehingga S$2,000.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.