Skip to main content

Singapura

Lelaki 22 tahun diberkas dengan dadah lebih 10kg di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang lelaki berusia 22 tahun diberkas selepas lebih 10 kilogram dadah ditemui di dalam keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 22 tahun diberkas dengan dadah lebih 10kg di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Ganja dan syabu kristal (Ice) yang dirampas dari but sebuah kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 1 Ogos 2026. (Gambar: Biro Narkotik Pusat)

Diterbitkan : 04 Aug 2026 10:03PM Dikemas Kini : 04 Aug 2026 10:12PM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 22 tahun diberkas selepas lebih 10 kilogram dadah ditemui di dalam keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Sekitar 8.6 kilogram ganja dan 1.5 kilogram Ice, atau syabu kristal, dirampas daripada kenderaan lelaki tersebut, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Selasa (4 Ogos).

Warga Malaysia itu tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada pagi Sabtu sebelum diarahkan untuk menjalani pemeriksaan lanjut oleh pegawai ICA.

Dua bungkusan bahan yang dipercayai mengandungi dadah terkawal ditemui di dalam sebuah kotak di dalam but kereta berdaftar Malaysia itu, menurut ICA dalam satu kenyataan media.

"Para pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) segera dimaklumkan mengenai penemuan tersebut dan menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap lelaki itu dan keretanya, yang membawa kepada penemuan lebih banyak dadah terkawal di dalam but kereta," menurut ICA.

Dadah yang dirampas dianggarkan mempunyai nilai pasaran melebihi S$361,000, tambah ICA.

Siasatan masih dijalankan.

Sesiapa yang disabit kesalahan mengimport atau mengeksport lebih 250 gram methamphetamine atau lebih 500 gram ganja boleh dikenakan hukuman mati.

Kes itu berlaku beberapa bulan selepas pihak berkuasa membongkar dua cubaan berasingan untuk menyeludup dadah bernilai lebih S$2 juta melalui pusat-pusat pemeriksaan darat Singapura pada Mac.
Sumber : CNA/AZ/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita