Lelaki 21 tahun dipenjara kerana bunuh bapanya selepas diejek
Anggaran Waktu Membaca:

Mahkamah Tinggi di Singapura pada 9 Nov 2021. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang didakwa kerana membunuh bapanya di sebuah blok HDB di Yishun, mengaku bersalah pada Isnin (30 Sep) atas satu tuduhan yang dikurangkan kepada membunuh tanpa niat, yang tidak membawa kepada pembunuhan.
Seah Jie Kai Sylesnar, yang kini berusia 21 tahun, dijatuhi hukuman penjara sehingga enam tahun. Hakim menyatakan bahawa "layanan tidak menyenangkan" oleh mangsa terbabit tidak bererti pemuda itu boleh mengambil nyawanya dengan keganasan sedemikian.
Dia mengaku bersalah atas tuduhan itu dan satu set dokumen mahkamah mendedahkan bagaimana bapanya yang ketagihan minuman keras menderanya, ibunya dan dua adik-beradik yang lebih tua daripadanya selama bertahun-tahun.
Keadaan memuncak pada Oktober 2022, apabila bapa Seah mengejeknya dengan memanggilnya nama yang kurang baik bagi golongan 'transvestite' dan bertanya sama ada dia berani "membunuh seseorang".
Disebabkan rasa marah dan hina, Seah mengambil pisau dari dapur dan mengelar bapanya di bahagian dada.
Sekalipun demikian, pemuda itu mula berasa takut bapanya - yang terlibat dalam pergaduhan kumpulan samseng pada masa mudanya - akan membunuhnya. Menurut peguamnya, dia teringat ancaman bapanya sebelum ini bahawa dia akan membunuh Seah satu hari nanti.
Pemuda itu memutuskan untuk mengambil langkah pertama dan melengkapi dirinya dengan dua bilah pisau.
Pada petang 10 Oktober 2022, Seah menemui bapanya yang berusia 47 tahun, Seah Wee Teck Eddie, berhampiran lif di tingkat lima Blok 653, Yishun Avenue 4, di mana mereka tinggal.
Seah kemudian menyerang bapanya dengan pisau itu, menyasarkan bahagian kepala dan lehernya kerana dia berhasrat untuk memenggal kepalanya agar dia segera mati.
Bapanya menghalang beberapa pukulan, bergelut dan menolak Seah ke arah tangga menuju ke tingkat empat itu.
Kedua-dua anak-beranak itu bergaduh di antara dua tingkat tersebut, sebelum lelaki yang lebih tua itu berjalan ke tingkat empat dan rebah di sebuah flat jiran dengan berlumuran dadah.
Seah, yang mengekori bapanya kerana bimbang mengenainya, menjerit meminta seseorang menghubungi polis.
Menurut peguam belanya, Encik Sunil Sudheesan dan Cik Joyce Khoo dari Quahe Woo & Palmer, Seah "penuh dengan emosi" selepas melihat bapanya rebah.
Dia memberitahu bapanya: "Saya benar-benar membenci awak untuk seketika."
Menjawabnya, bapanya mengatakan: "Saya minta maaf. Saya sayangkan awak. Tolong maafkan saya."
Menurut pihak pembela, Seah kemudian meminta bapanya membunuhnya, tetapi apabila bapanya tidak bergerak, Seah meletakkan pisau di lehernya sendiri.
Bapanya dikatakan telah memberitahunya supaya "jangan lakukannya, ia tidak berbaloi".
Seah kemudian berbaring di sebelah bapanya dan menjerit memanggil polis sehingga mereka tiba, kata peguam.
Bedah siasat menemui sekurang-kurangnya 24 kesan luka pada badan mangsa itu, dan dia disahkan meninggal dunia akibat pendarahan daripada luka di leher tersebut.
KEADAAN MENTALNYA
Pihak pembela menyatakan Seah telah memikirkan untuk membunuh diri beberapa kali sekitar 2015, tetapi menahan dirinya apabila memikirkan tentang betapa kecewanya ibunya.
Apabila ibunya disahkan menderitai barah pada November 2021, Seah menyalahkan bapanya dan memikirkan untuk membunuh diri sekali lagi.
Selepas membunuh bapanya, Seah telah dinilai oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) dan didapati mengalami dua keadaan ketika melakukan kesalahan itu: Gangguan penyesuaian kronik dengan mood tertekan, dan "gangguan kemurungan lain" atau OSDD.
Pakar psikiatri mendapati bahawa Seah tidak mempunyai fikiran yang tidak sihat. Walau bagaimanapun, OSDD telah mengurangkan keupayaannya untuk mengetahui kesalahan tindakannya, dan keupayaannya untuk mengawal tindakannya.
Pakar psikiatri kedua yang menilai Seah pula mendapati bahawa keadaan psikiatrinya mengikut laporan Mac 2024 telah pulih dan risikonya untuk melakukan kesalahan semula adalah rendah, dengan prognosis jangka panjang yang baik.
Kenyataan fakta itu menyimpulkan bahawa Seah telah berulang kali mengelar leher bapanya dengan dua bilah pisau dengan niat untuk membunuhnya.
Dia berbuat demikian semasa menderitai OSDD, keabnormalan fikiran yang menjejaskan keupayaannya untuk mengetahui kesalahan tindakannya, dan keupayaannya untuk mengawal tindakannya.
Pihak pendakwa memohon hukuman penjara tujuh hingga 12 tahun ke atas Seah, manakala pihak pembela meminta tidak lebih daripada lima tahun, menggesa mahkamah "untuk tidak berputus asa terhadap pemuda ini yang kini mesti hidup dengan parut tindakannya".
Kedua-dua pihak tidak memohon hukuman sebatan rotan.
Pembunuh tanpa niat yang tidak membawa kepada pembunuhan boleh dikenakan dua jenis hukuman: Penjara seumur hidup dan sebatan, atau penjara sehingga 20 tahun, denda, atau sebatan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.