Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 21 tahun diberkas; dipercayai kelar lelaki 37 tahun di Circular Road

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 21 tahun diberkas pada Ahad (17 Jul) setelah dia dipercayai menggunakan kerambit untuk mengelar seorang lelaki lain, menyebabkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan. 

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai kes tersebut pada sekitar 2.10 pagi di mana seorang lelaki dipercayai menyerang seorang lelaki lain di Circular Road. 

Siasatan awal menunjukkan bahawa seorang lelaki berusia 37 tahun terlibat dalam pergaduhan dengan lelaki berusia 21 tahun itu. 

Suspek dipercayai telah bertindak balas dengan mengelar lelaki berusia 37 tahun itu menggunakan kerambit sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. 

Lelaki yang cedera itu mengalami beberapa kesan luka dan dibawa ke hospital dalam keadaan sedar, menurut polis dalam kenyataan medianya pada Isnin (18 Jul). 

"Melalui siasatan menyeluruh yang dijalankan di tempat kejadian dan dengan bantuan rakaman daripada kamera polis, para pegawai daripada Divisyen Polis Central dan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) berjaya mengenal pasti identiti lelaki berusia 21 tahun itu dan memberkasnya dalam tempoh 12 jam setelah aduan dibuat," menurut polis. 

Sebilah kerambit yang dipercayai digunakan sewaktu kejadian tersebut turut dirampas.  

Semasa suspek diberkas, seorang lelaki berusia 19 tahun turut ditangkap atas kesalahan menyembunyikan seorang pesalah. 

Kedua-dua lelaki itu akan didakwa di mahkamah pada Selasa (19 Jul). 

Suspek akan didakwa dengan tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan serius menggunakan senjata berbahaya, manakala lelaki 19 tahun itu akan didakwa kerana melindungi seorang pasalah. 

Sesiapa saja yang dengan sengaja menyebabkan kecederaan serius menggunakan senjata berbahaya boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup, atau sehingga 15 tahun dan boleh didenda atau dirotan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan