Lelaki 20 tahun ditangkap berhubung pembunuhan di Punggol Field
Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap pada Sabtu (16 Mei) disyaki terlibat dalam kematian seorang lelaki di Punggol Field Road minggu lalu.

Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap pada Sabtu (16 Mei) disyaki terlibat dalam kematian seorang lelaki di Punggol Field Road minggu lalu. (Gambar: Ian Cheng)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap pada Sabtu (16 Mei) disyaki terlibat dalam kematian seorang lelaki di Punggol Field Road minggu lalu.
Lelaki itu diberkas pada pukul 2.45 pagi, menurut polis dalam satu kenyataan media, sambil menambah bahawa dia akan dihadapkan di mahkamah pada Ahad dengan tuduhan membunuh.
"Siasatan awal menunjukkan lelaki itu tidak mengenali mangsa dan dipercayai bertindak sendirian," menurut pihak polis.
"Pihak polis ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam kerana berkongsi maklumat penting yang membantu siasatan sekali gus menyumbang kepada tangkapan itu."
Mangsa yang berusia 38 tahun, ditemui cedera akibat beberapa tikaman di Punggol Field pada 10 Mei.
Beliau dibawa ke Hospital Besar Sengkang dan meninggal dunia akibat kecederaannya.
Menurut pihak polis, ia akan bekerjasama dengan pendakwa raya untuk memohon perintah mahkamah agar suspek ditahan di Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk menjalani penilaian psikiatri.
Sabit kesalahan lelaki berusia 20 tahun itu boleh dikenakan hukuman mati.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.