Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 20 tahun dijatuhi hukuman latihan pemulihan kerana lakukan seks dengan 3 pelajar bawah umur

Seorang lelaki 20 tahun yang melakukan hubungan seks bawah umur dengan tiga pelajar sekolah menengah dijatuhi perintah tahanan selama setahun di pusat latihan pemulihan pada Isnin (6 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 20 tahun dijatuhi hukuman latihan pemulihan kerana lakukan seks dengan 3 pelajar bawah umur

Mahkamah Negara di Singapura. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 06 Dec 2021 05:17PM Dikemas Kini : 06 Dec 2021 05:19PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 20 tahun yang melakukan hubungan seks bawah umur dengan tiga pelajar sekolah menengah dijatuhi perintah tahanan selama setahun di pusat latihan pemulihan pada Isnin (6 Dis).

Dia mengaku bersalah bulan lalu atas empat tuduhan melakukan penembusan seksual kanak-kanak bawah umur, dengan 15 tuduhan lagi, termasuk mencuri mainan dari mesin, diambil kira.

Hakim sebelum ini meminta laporan kesesuaian untuk menjalani latihan pemulihan dan tertuduh di dapati sesuai dan dalam keadaan fizikal dan mental yang baik untuk menjalani hukuman sedemikian.

Latihan pemulihan adalah hukuman lebih berat berbanding probesen, dan ia menahan pesalah yang lebih muda dalam sekitaran berstruktur dengan penekanan pada pemulihan.

Pesalah itu bekerja sebagai jurujual ketika dia bertemu mangsa pertama yang berusia 14 tahun, di sebuah pusat beli-belah pada November 2019. Remaja perempuan itu telah melarikan diri dari rumah tumpangan kanak-kanak.

Mereka mula berpacaran dan melakukan aktiviti seksual, termasuk persetubuhan di flat rakan tertuduh.

Pada masa yang sama, pesalah berkawan dengan mangsa kedua berusia 13 tahun di Instagram. Mereka bertemu pada November 2019 di sebuah taman permainan sebelum melakukan seks di tempat letak kereta berdekatan.

Mahkamah diberitahu, lelaki itu kemudian berkenalan dengan mangsa ketiga, yang berusia 14 tahun, di Instagram pada Januari 2020 dan mencadangkan hubungan intim dengannya.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Geylang pada bulan berikutnya dan melakukan hubungan seks tanpa menggunakan alat perlindungan kehamilan.

Ketiga-tiga mangsa melaporkan kesalahan itu - dengan yang pertama mengaku kepada seorang pegawai bimbingan belia, dan yang kedua kepada seorang guru yang menyedari kelakuannya tidak seperti "biasa". Mangsa ketiga membuat aduan polis pada Ogos 2020.

Hukuman bagi melakukan penembusan seksual kanak-kanak bawah umur ialah penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda atau rotan. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan