Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lelaki 20 tahun didakwa ceroboh asrama NTU, ambil gambar pelajar lelaki mandi

Seorang lelaki berusia 20 tahun dikenakan tujuh tuduhan, termasuk mengambil dua gambar seorang pelajar lelaki sedang mandi di asrama Universiti Teknologi Nanyang dan membuat filem-filem lucah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki 20 tahun didakwa ceroboh asrama NTU, ambil gambar pelajar lelaki mandi

Mahkamah Negara. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 22 Nov 2019 11:27AM Dikemas Kini : 22 Nov 2019 11:31AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun dikenakan tujuh tuduhan, termasuk mengambil dua gambar seorang pelajar lelaki sedang mandi di asrama Universiti Teknologi Nanyang dan membuat filem-filem lucah.

Lau Jun Wei, yang butir pekerjaannya tidak didedahkan, kembali ke mahkamah daerah pada Rabu (20 Nov) untuk sebutan lanjut kes tersebut.

Lau didakwa bulan lalu atas tiga tuduhan menceroboh dan satu tuduhan menyebabkan tekanan terhadap pelajar itu.

Dia juga dikenakan tiga tuduhan di bawah Akta Filem, kerana membuat filem-filem lucah di pusat beli-belah Jurong Point.

INSIDEN NTU

Rakyat Singapura itu, yang bukan seorang pelajar mahupun kakitangan di universiti itu, dituduh menceroboh asrama NTU pada tiga hari berasingan tahun ini.

Dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Lau dipercayai memetik gambar-gambar tersebut pada 21 April. Nama mangsa itu tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah untuk melindungi identitinya.

Mediacorp sebelum ini melaporkan bahawa beberapa mahasiswa membantu untuk menahan Lau pada hari tersebut di Hall of Residence 3.

Seorang jurucakap NTU berkata bahawa kamera-kamera litar tertutup dipasang di kebanyakan kawasan bersama di asrama. Pegawai keselamatan kampus juga sering melakukan rondaan dan ditugaskan di setiap blok asrama dari pukul 9.00 malam hingga 9.00 pagi.

Jika sabit kesalahan menyebababkan tekanan terhadap pelajar itu di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan, Lau boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan, didendda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.

Sesiapa yang didapati bersalah menceroboh boleh diikenakan hukuman penjara maksimum sehingga tiga bulan dan dikenakan denda S$1,500.  

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan