Lelaki 20 tahun didakwa atas pembunuhan di Punggol Field
Seorang lelaki rakyat Singapura didakwa di mahkamah dengan pembunuhan seorang lelaki di Punggol Field Road pada Ahad lalu.

Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap pada Sabtu (16 Mei) disyaki terlibat dalam kematian seorang lelaki di Punggol Field Road minggu lalu. (Gambar: Ian Cheng)
SINGAPURA: Seorang lelaki rakyat Singapura didakwa di mahkamah dengan pembunuhan seorang lelaki di Punggol Field Road pada Ahad lalu.
Surajsrikan Diwakar Mani Tripathi, 20 tahun, yang ditangkap pada Sabtu (16 Mei), didakwa menerusi persidangan video.
Surajsrikan ditahan reman di Pusat Perubatan Penjara Changi dan akan dihadapkan di mahkamah lagi pada 5 Jun.
Tay Rui Hao, 38 tahun ditikam dekat hentian bas di Punggol Field pada 10 Mei sekitar 11.00 malam.
Mendiang disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Sengkang akibat kecederaannya.
Siasatan awal menunjukkan Surajsrikan tidak dikenali oleh mangsa dan dipercayai bertindak sendiri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.