Lelaki 20 tahun bantu polis siasat kes gaduh di Cuscaden Road
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Tangkapan skrin video yang dimuat naik ke forum Reddit Singapore)
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 20 tahun sedang membantu siasatan polis selepas satu pergaduhan berlaku di Cuscaden Road pada awal pagi Sabtu (25 Feb).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 2.50 pagi.
"Seorang lelaki berusia 20 tahun sedang membantu siasatan polis yang sedang dijalankan," menurut SPF.
Polis bagaimanapun tidak mendedahkan jika ada orang yang cedera dalam pergaduhan itu.
Video yang dimuat naik ke forum online Reddit Singapore menunjukkan kira-kira lima belia menumbuk seorang lagi belia berbaju hitam sehingga dia terjatuh ke jalan raya.
Video selama 54 saat itu juga menunjukkan kumpulan belia itu sacara terus-menerus menumbuk dan menendang belia yang terlantar di jalan raya.
Seorang wanita juga dilihat terjatuh setelah ditumbuk.
Lelaki itu terus terbaring di jalan raya sedang pejalan kaki dan belia lain dari kumpulan tersebut cuba menghuraikan pergaduhan berkenaan.
Seorang lagi anak muda menendang kepala mangsa yang terlantar di jalan raya sebelum dia ditahan oleh seorang lagi lelaki.

Sumber : Today/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.