Skip to main content

Singapura

Lelaki, 2 wanita diberkas gara-gara guna wang kertas palsu S$10,000

 Seorang lelaki dan dua wanita diberkas kerana disyaki terbabit dalam penggunaan wang kertas palsu bernilai S$10,000, menurut polis hari ini (25 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Lelaki, 2 wanita diberkas gara-gara guna wang kertas palsu S$10,000

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 25 Sep 2021 06:57PM Dikemas Kini : 25 Sep 2021 06:58PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dan dua wanita diberkas kerana disyaki terbabit dalam penggunaan wang kertas palsu bernilai S$10,000, menurut polis hari ini (25 Sep).

Polis menerima aduan pada Rabu (22 Sep) kira-kira pukul 2.00 petang tentang seorang lelaki yang menyerahkan wang kertas palsu bernilai S$10,000 di sebuah bank di Blok 449 Clementi Avenue 3.

Lelaki itu dipercayai meminta untuk menukarkan wang kertas itu kepada denominasi lebih kecil, menurut polis dalam kenyataan media itu.

Pekerja bank itu bagaimanapun mengenal pasti wang kertas tersebut sebagai palsu lalu menghubungi polis.

Para pegawai Jabatan Ehwal Komersil memberkas lelaki berusia 58 tahun itu dan kemudian mengenal pasti identiti dua wanita berusia 37 dan 33 tahun yang juga disyaki terbabit dalam kes tersebut.

Sekeping wang kertas palsu bernilai S$10,000, satu sampul duit dan dokumen palsu yang kononnya dikeluarkan oleh Penguasa Kewangan Singapura dirampas sebagai bukti kes.

Siasatan polis masih dijalankan.

"Polis memandang serius terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit dengan penggunaan matawang palsu bagi tujuan jenayah," menurut kenyataan itu.

Polis mengingatkan orang awam supaya berhati-hati terhadap mana-mana individu yang menawarkan untuk memberi ganjaran sebagai upah membantu mereka menukarkan wang kertas palsu S$10,000 atau jumlah lain yang lebih besar dengan wang kertas tulen dalam denominasi kecil di bank.

Jika orang awam menerima sebarang wang kertas yang disyaki palsu, mereka perlu segera menghubungi polis dan mencatit gambaran tentang individu yang menyerahkan wang kertas palsu itu.

Mereka juga harus kurangkan sentuhan pada wang kertas palsu itu dan menyimpannya di dalam sampul surat atau kertas yang dilipat untuk mengelakkannya daripada diusik, lalu menyerahkannya kepada polis.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita