Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Lelah belas ihsan' berisiko buat petugas kesihatan jauhi sektor jagaan akhit hayat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kakitangan kesihatan dalam sektor jagaan akhir hayat berdepan risiko "kelelahan belas ihsan" semasa menjaga pesakit mereka dan ini mungkin menjejas kesejahteraan mental dan fizikal mereka sendiri.

Demikian menurut para pakar.

Kelelahan itu boeh timbul memandangkan kakitangan jagaan akhir hayat perlu menonjolkan sikap belas ihsan dan pemahaman yang lebih tinggi apabila berdepan pesakit mereka.

Jagaan paliatif atau jagaan akhir hayat merujuk kepada penjagaan yang diberikan kepada para pesakit yang tenat dan tidak lagi mendapatkan rawatan bagi keadaan mereka.

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT

"Saya rasa agak sukar untuk mengetahui angka tepat, kerana saya rasa kami tidak secara sistematik membuat pemeriksaan bagi keadaan itu. Namun yang pasti, kami sudah melaksanakan pelbagai langkah untuk memastikan kakitangan kami tidak sampai ke tahap itu," kata Profesor Madya Tan Boon Yeow, ketua pegawai eksekutif di Hospital St Luke's.

Hospital St Luke's, iaitu sebuah hospital awam, mengadakan Simposium Jagaan Akhir Hayat buat julung-julung kalinya pada Selasa (22 Nov).

Dr Tan memberitahu Mediacorp Singapore Tonight bahawa kesan negatif ke atas kakitangan jagaan kesihatan meliputi pelbagai spektrum, dari kelelahan disebabkan belas ihsan
hingga keletihan fizikal.

Hospital tersebut kerap menghubungi kakitangannya untuk mengelakkan mereka daripada melalui kelelahan sedemikian.


Pakar terapi kesedihan Liese Groot-Alberts dari Asia Pacific Hospice Palliative Care Network, menekankan pentingnya kesedaran dan diagnosis awal dalam mengatasi keletihan disebabkan belas ihsan.


Cik Groot-Alberts berkata kelelahan disebabkan belas ihsan menjejas aspek fizikal, perasaan, kecerdasan dan kerohanian individu.

Beliau menekankan perlunya untuk kakitangan jagaan kesihatan saling menjaga antara satu sama lain, dan memeriksa kakitangan lain sekiranya mereka kurang sihat.

ISU TENAGA MANUSIA

Buat masa ini, terdapat kekurang kakitangan di seluruh institusi kesihatan di Singapura, begitu juga dalam sektor jagaan akhir hayat, kata Dr Tan.

Sekalipun demikian, beliau berkata sektor jagaan akhir hayat mengalami kadar tinggi peletakan jawatan disebabkan "tuntutan tinggi bagi sikap belas ihsan" yang diperlukan bagi pekerjaan itu.

Untuk mengekalkan kakitangan jagaan kesihatan walaupun mereka berdepan tekanan kerja, institusi kesihatan perlu menyokong dan memastikan kebajikan mereka dijaga.

Ini termasuk memastikan mereka didengari dan dijaga, serta diberi waktu rehat yang mencukupi untuk memulihkan tenaga mereka supaya dapat melaksanakan tugas.

Jika isu itu tidak ditangani, kakitangan akan memilih untuk meninggalkan sektor tersebut dan mencari peluang pekerjaan lain.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan