Legenda bola sepak SG Rahmat Mawar tutup usia pada 81 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Legenda bola sepak Singapura Rahmat Mawar menutup usia pada dinihari Selasa (29 Okt) pukul 12.36 pagi.
Khabar duka itu disahkan anaknya Suraya Rahmat kepada BERITA Mediacorp pada Selasa.
Menurut Cik Suraya, 52 tahun, bapanya meninggal dunia disebabkan sakit tua dan sejak kira-kira dua minggu kebelakangan ini, Allahyarham dijangkiti radang paru-paru.
"Bapa saya dimasukkan ke Kampus Kesihatan Woodlands. Semalam dalam pukul 6.00 lebih petang kali terakhir kami berkomunikasi. Bapa saya juga sempat menghubungi adik-beradik dan sahabat-sahabatnya semalam," kata Cik Suraya kepada BERITA Mediacorp, sambil menambah bapanya seolah-olah sudah tahu akan berpulang.
Jenazah Allahyarham sekarang sudah berada di rumahnya di Segar Road.
Cik Suraya berkata Allahyarham, 81 tahun, akan dikebumikan selepas solat Asar di Masjid Al-Iman, di Bukit Panjang.
Allahyarham meninggalkan 3 orang anak perempuan, menantu dan 11 cucu.

DIHORMATI, BERDISIPLIN, BERANI
Allahyarham Rahmat Mawar ialah mantan kapten pasukan Melayu Singapura yang dihormati kerana berdisiplin dan keberanian beliau di padang.
Beliau memimpin pasukan Melayu Singapura sehingga berjaya menjulang Piala Emas Raja-Raja sebanyak dua kali.

Pada Julai 1973, Allahyarham Rahmat Mawar menjadi orang pertama menjulang piala di Stadium Negara Kallang yang baru dibina ketika itu.
Singapura mengalahkan Kelantan 4-1.
Ia adalah perlawanan bola sepak pertama diadakan di Stadium Negara.

Pada 1975, Allahyarham Rahmat Mawar sekali lagi memimpin pasukan Singapura dalam perlawanan akhir di stadium yang sama.
Singapura mengalahkan Pulau Pinang 3-2.
Allahyarham mula bermain bola sepak dengan pasukan Stable Boys - kakitangan sukan lumba kuda yang ketika itu terletak di Bukit Timah.

RAHMAT MAWAR "HANG TUAH" BOLA SEPAK MELAYU SG
Samsudin Rahmat, pemain bola sepak yang juga merupakan rakan seangkatan Rahmat Mawar dalam pasukan Melayu Singapura yang menjulang Piala Emas Raja-Raja beberapa kali, menzahirkan rasa dukacita mendalam atas pemergian sahabatnya itu.
Encik Samsudin memberitahu BERITA Mediacorp, beliau sudah bersabahat dengan Allahyarham Rahmat Mawar lebih 40 tahun.
"Beliau baru hubungi saya minggu lalu. Katanya baru keluar ICU (Unit Jagaan Rapi). Beliau memberitahu saya beliau sukar nak bercakap. Tak boleh nak cakap banyak," cerita Encik Samsudin.

Mengenang sabahatnya itu, Encik Samsudin berkata di padang Rahmat Mawar adalah "segarang-garang manusia".
Beliau menambah, apabila dalam perlawanan bola sepak Allahyarham mewujudkan rasa gerun itu dalam diri pasukan lawan.
"Beliau seperti singa dalam padang. Beliau tak kira sesiapa pun. Misalnya, kalau adiknya sendiri dalam pasukan lawan sekalipun, Rahmat tetap terkam. Beliau pemain yang ada terkaman yang garang.
"Ini menunjukkan komitmen beliau kepada bola sepak. Beliau memang terkenal dengan kegarangannya di padang. Pemain Malaysia pun gerun dengan beliau," kata Encik Samsudin.
Di luar padang pula, Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang "sebaik-baik manusia seperti malaikat".
"Dia boleh ketawa, senang dibawa berbincang, mesra. Kami memang selalu berbual tentang bola sepak. Sering jumpa luar padang," ujar Encik Samsudin.
Pada 25 Disember 2023, iaitu sempena hari lahir Allahyarham pada waktu itu, Encik Samsudin menganjurkan perlawanan sumbangsih Piala Rahmat Mawar bagi meraikan ulang tahun beliau.

Barisan legenda bola sepak Singapura turun padang beraksi dalam perlawanan sumbangsih itu, yang diadakan di Stadium Jalan Besar.
Ini termasuk Fandi Ahmad, Malek Awab, Robert Sim dan ramai lagi bekas pemain nasional yang menentang pasukan Stable Boys United.
"Saya sedih dengan pemergian beliau. Namun dalam hati saya ini berasa puas kerana sudah dapat melakukan sesuatu untuk beliau. Banggakan beliau, supaya orang kenal beliau. Rahmat Mawar ini Hang Tuah dalam bola sepak Melayu Singapura," ujar beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.