Legenda bola sepak SG beraksi dalam “Football For Hope”
Perlawanan sumbangsih ini juga bagi meraikan ulang tahun legenda bola sepak SG - Rahmat Mawar pada ulang tahunnya yang ke-82
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Barisan legenda bola sepak Singapura akan beraksi dalam satu perlawanan sumbangsih pada hari Krismas ini di Stadium Jalan Besar.
Fandi Ahmad, Malek Awab, Robert Sim dan ramai lagi bekas pemain nasional akan menentang pasukan Stable Boys United.

Acara “Football for Hope - Battle of the Legends" ini sebagai mengiktiraf sumbangan Rahmat Mawar, 82 tahun - seorang legenda bola sepak Singapura yang telah mengharumkan nama negara dalam tahun 1970-an.
“25 Disember juga adalah hari jadi Rahmat Mawar. Sebagai sahabat beliau sejak kecil lagi, inilah usaha sederhana saya untuk menyambut ulang tahun beliau yang ke-82 dengan cara yang paling sesuai iaitu di padang bola” menurut Samsudin Rahmat, 72 tahun.
Samsudin Rahmat merupakan rakan seangkatan Rahmat Mawar dalam pasukan Melayu Singapura yang menjulang Piala Emas Raja-Raja beberapa kali.
RAHMAT MAWAR - KEHARUMAN ABADI
Rahmat Mawar ialah mantan kapten pasukan Melayu Singapura yang dihormati kerana disiplin dan keberanian beliau di padang.

Beliau memimpin pasukan Melayu Singapura sehingga berjaya menjulang Piala Emas Raja-Raja sebanyak dua kali.
Pada Julai 1973, Rahmat Mawar menjadi orang pertama menjulang piala di Stadium Negara Kallang yang baru dibina ketika itu.
Singapura mengalahkan Kelantan 4-1.
Ia adalah perlawanan bola sepak pertama diadakan di Stadium Negara.
Pada 1975, Rahmat Mawar sekali lagi memimpin pasukan Singapura dalam perlawanan akhir di stadium yang sama.
Singapura mengalahkan Pulau Pinang 3-2.
Rahmat Mawar mula bermain bola sepak dengan pasukan Stable Boys - kakitangan sukan lumba kuda yang ketika itu terletak di Bukit Timah.
Beliau kini mengisi waktu di rumah dengan ditemani keluarga.
SAM- TEMAN SEPERJUANGAN
Antara yang mengenang sumbangan Rahmat Mawar adalah rakan seperjuangannya, Samsudin Rahmat.
Selain pernah bermain bersama Rahmat Mawar, Samsudin Rahmat juga pernah menjadi jurulatih pasukan bola sepak Melayu Singapura yang menjulang Piala Emas Raja-Raja pada 1981.
Kali terakhir Singapura menjadi juara ialah pada 1983 setelah mengalahkan Pulau Pinang 4-2.
Beliau yang lebih akrab dikenali sebagai 'Sam' kini menghidapi penyakit ginjal dan menerima rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF).
“Cinta saya kepada bola sepak tidak pernah pudar sekalipun menghidap penyakit ginjal. Bola sepak memberi saya harapan untuk menjalani hidup dengan positif dan saya menyeru pesakit ginjal lain agar jangan pernah putus harapan” tambah Samsudin Rahmat.

NKF bersama Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) merupakan penyokong utama perlawanan sumbangsih ini.
Orang ramai diundang menyertai, menyumbang atau menyaksikan perlawanan sumbangsih “Football for Hope - Battle of the Legends” pada 25 Disember 2023 jam 5.00 petang di Stadium Jalan Besar.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.