Skip to main content

Singapura

Legasi pelakon J.A. Halim diabadikan menerusi piala cabaran; pupuk semangat ukhuwah, kesukanan 2 negara

Anggaran Waktu Membaca:
Legasi pelakon J.A. Halim diabadikan menerusi piala cabaran; pupuk semangat ukhuwah, kesukanan 2 negara

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad bersama pelakon Hisyam Hamid dan Azhar Noor Lesta, serta Encik Zaqy bersama isteri Almarhum J.A. Halim, Aminah Ahmad, dan anaknya Helmindra. (Gambar: Petikan skrin video Facebook/Zaqy Mohamad)

Diterbitkan : 05 Oct 2026 02:31PM
Actor J.A. Halim's legacy commemorated through a challenge trophy; fostering the spirit of fraternity and sportsmanship between 2 countries
  • The J.A. Halim Ukhuwah Challenge Trophy 2026 at Serangoon Stadium brought together players, families and supporters from Singapore and Malaysia to remember the actor's legacy.
  • The event, organised by the Singapore Dramatis Sports Club, also supported TAA while celebrating friendship, unity, cross-border fraternity and sportsmanship.
  • Zaqy Mohamad said on Oct 4 that he was touched to see the legacy of J.A. Halim, who was warmly known as friendly and generous, continue to be preserved.
  • The tournament, held to mark Dramatis' 45th anniversary, featured Dramatis, Sporting Tampines, Sejati Lakeside and Maple Residence, with Dramatis claiming their first victory.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Legasi pelakon Almarhum J.A. Halim diabadikan menerusi Piala Cabaran Ukhuwah J.A. Halim 2026, yang menghimpunkan pemain, keluarga dan penyokong dari Singapura dan Malaysia.

Lebih daripada sekadar perlawanan bola sepak, acara itu turut meraikan semangat ukhuwah dan kesukanan, selain mempertemukan semula sahabat lama dari kedua-dua negara di Stadium Serangoon pada Sabtu (3 Okt).

Acara tersebut turut menyokong Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA), sekali gus memberi peluang untuk menyumbang kepada masyarakat menerusi sukan.
Dalam catatannya di laman Facebook pada Ahad (4 Okt), Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad berkata beliau tersentuh melihat legasi Almarhum J.A. Halim dilestarikan menerusi piala cabaran tersebut.

"Tersentuh melihat legasi (Almarhum) J.A. Halim, yang mesra dipanggil “Ayah” oleh anak-anak seni, dilestarikan menerusi Piala Cabaran Ukhuwah J.A. Halim.

"Lebih bermakna, perlawanan (itu) turut menyokong Tabung Amal Aidilfitri. Tahniah kepada Kelab Sukan Dramatis Singapura atas kemenangannya!," tulis Encik Zaqy di laman Facebook.

Almarhum J.A. Halim sering menghiasi kaca televisyen menerusi lakonannya dalam penerbitan tempatan, termasuk 'Naluri Ayah' dan 'Gunting'.

Menurut Encik Zaqy, Almarhum juga terkenal dengan "sifat mesra dan pemurah".

KELAB SUKAN DRAMATIS HARGAI KEHADIRAN ZAQY

Dalam pada itu, penganjur Kelab Sukan Dramatis Singapura turut menghargai sedalam-dalamnya kata-kata menyentuh hati Encik Zaqy mengenai Piala Cabaran Ukhuwah J.A. Halim 2026.

"Apa yang bermula sebagai satu usaha untuk mengenang legasi Almarhum J.A. Halim berkembang menjadi sesuatu yang lebih bermakna - satu acara yang meraikan persahabatan, perpaduan, semangat kesukanan dan ukhuwah yang merentasi sempadan.

"Pertemuan semula sahabat lama, kehadiran keluarga serta sokongan semua pihak terhadap usaha murni menerusi TAA menjadikan acara itu lebih istimewa.

"Legasi Almarhum J.A. Halim terus hidup, dengan semangat persahabatan yang dibawanya terus menyatukan semua," menurut Kelab Sukan Dramatis Singapura.

45 TAHUN KELAB SUKAN DRAMATIS SINGAPURA

Piala Cabaran Ukhuwah J.A. Halim 2026 juga diadakan sempena 45 tahun penubuhan Kelab Sukan Dramatis Singapura.

Ia menyaksikan dua pasukan dari Singapura serta dua kelab dari Malaysia bersaing bagi Piala Cabaran Ukhuwah J.A. Halim 2026 buat pertama kalinya.

Kelab-kelab itu terdiri daripada Dramatis, Sporting Tampines, Sejati Lakeside dan Maple Residence.

Antara artis yang mewakili Dramatis termasuk Hisyam Hamid dan Fadli Kamsani.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita