Lee Hsien Yang bayar ganti rugi lebih S$600,000 kepada Shanmugam & Balakrishnan bagi kes saman fitnah
Encik Lee Hsien Yang sudah membayar Menteri K Shanmugam dan Menteri Vivian Balakrishnan lebih S$600,000 kerana memfitnah kedua-dua menteri itu berhubung penyewaan hartanah di Ridout Road.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Encik Lee Hsien Yang sudah membayar Menteri K Shanmugam dan Menteri Vivian Balakrishnan lebih S$600,000 kerana memfitnah kedua-dua menteri itu berhubung penyewaan hartanah di Ridout Road.
Pembayaran itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi memutuskan pada Mei, yang mengarahkan Encik Lee membayar S$200,000 setiap seorang kepada kedua-dua menteri itu. Selain ganti rugi, Encik Lee juga dikehendaki membayar kos sebanyak S$51,000 kepada setiap menteri.
Encik Lee, adik kepada mantan perdana menteri Lee Hsien Loong, membuat komen berbaur fitnah itu dalam catatan Facebooknya pada Julai 2023, yang membayangkan seolah-olah Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan telah meminta Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk memberi mereka layanan istimewa berhubung banglo hitam-putih di Ridout Road.
Hakim Goh Yihan berkata dalam penghakimannya bahawa Encik Lee telah "bertindak dengan niat jahat" semasa memuat naik kata-kata yang menyinggung perasaan, dan keputusan mahkamah mewajarkan bukan sahaja ganti rugi yang lebih tinggi tetapi juga kos-kos lain.
Dalam catatannya di Facebook pada Ahad (29 Sep), Encik Lee berkata beliau sudah membayar kedua-dua menteri sebanyak S$619,335.
“Aset penting saya di Singapura ialah 38 Oxley Road,” kata Encik Lee, sambil merujuk kepada rumah mendiang bapanya, perdana menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew.
"Dalam usaha untuk menghormati hasrat bapa saya berhubung rumahnya dan untuk membolehkan Wei Ling, yang sakit untuk terus tinggal di 38 Oxley Road, saya telah membuat bayaran ini kepada kedua-dua menteri," tambahnya sambil menamakan saudara perempuannya itu.
"TIADA KAITAN DENGAN 38 OXLEY ROAD"
Kedua-dua menteri memberikan respons kepada kenyataan Encik Lee dengan memuatnaikkan catatan Facebook yang serupa pada Selasa.
Catatan Encik Lee pada 29 Sep "menunjukkan bahawa beliau akan berkata apa sahaja tanpa mengambil kira fakta", kata Dr Balakrishnan, yang merupakan Menteri Ehwal Luar.
Beliau dan Encik Shanmugam, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, menyifatkan komen Encik Lee mengenai pembayarannya dan hartanah di Oxley Road sebagai "luar biasa".
"Encik Lee Hsien Yang tahu bahawa kes fitnah itu tiada kaitan dengan Encik Lee Kuan Yew," kata kedua-dua menteri.
"Ia juga tidak ada kena-mengena dengan 38 Oxley Road... Kami tidak sekali pun mengatakan bahawa kami berhasrat untuk menguatkuasakan penghakiman kami ke atas 38 Oxley Road," tambah kedua-dua menteri.
“Apa yang beliau sewenang-wenangnya tidak sebut ialah beliau memiliki sekurang-kurangnya satu aset lain di Singapura (berdasarkan maklumat yang tersedia secara umum), yang nilainya mungkin lebih daripada mencukupi untuk membayar hutangnya. Jika beliau tidak membayar saman fitnah ini, aset tersebut mungkin tertakluk kepada tindakan penguatkuasaan.”

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.