Lee Hsien Loong bakal lepas jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong dijangka melepaskan jawatannya sebagai pemimpin parti tersebut.
Ucapan yang memberi penghormatan kepadanya mula datang mencurah-curah pada Sabtu (23 Nov) sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-70 parti yang memerintah itu.
Menteri Kanan Lee menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Lawrence Wong pada Mei tahun ini.
Encik Lee dijangka melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Agung pada Ahad, sekali gus memberi laluan kepada Encik Wong untuk mengambil alih tampuk kepimpinan tersebut.
Di majlis anugerah dan persidangan PAP dwitahunan tahun ini, yang akan berlangsung selama dua hari, satu segmen program itu didedikasikan kepada Encik Lee, yang merangkumi sebuah video yang memaparkan beberapa anggota parti memberi penghormatan kepadanya sambil menyusuri detik-detik sepanjang kepimpinannya itu.
"Apa sahaja yang telah saya lakukan sebagai Setiausaha Agung dan sebagai PM, saya telah lakukan dengan bantuan dan sokongan anda dan tidak boleh dilakukan tanpanya. Saya berterima kasih kepada anda," ujar Encik Lee sambil menyampaikan ucapan terima kasih ringkas kepada parti itu.
"Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan yang luar biasa bagi saya untuk berkhidmat. Saya sangat gembira kerana kami telah mencapai tahap ini."
Beliau kemudian menyeru anggota parti itu untuk "bekerja keras" bagi pilihan raya umum, yang dijangka berlangsung tahun depan.
Encik Lee mula menyandang peranan sebagai Setiausaha Agung parti itu pada November 2004, tiga bulan selepas beliau menjadi Perdana Menteri pada Ogos tahun itu.
Sejak itu, beliau telah mengetuai 10 jawatankuasa eksekutif pusat atau CEC berturut-turut, iaitu badan tertinggi parti itu yang bertanggungjawab membuat keputusan, dalam tempoh 20 tahun.
Encik Lee berkata pada konvensyen PAP tahun lalu bahawa beliau akan menyerahkan tampuk kepimpinan parti itu kepada Encik Wong menjelang persidangan tahun ini, yang juga menandakan ulang tahun ke-70 PAP.
"BIMBINGAN DAN KEBIJAKSANAAN SELAMA EMPAT DEKAD"
Dalam satu ucapan pada Sabtu di persidangan selama dua hari itu, yang diadakan di Singapore Expo, Pengerusi PAP dan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, ia adalah "sesuai" bagi parti tersebut untuk menyanjungi sumbangan Encik Lee.
Sebagai Perdana Menteri, Encik Lee telah mengemudi Singapura melalui krisis kewangan sejagat pada 2008 dan pandemik COVID-19, jelas Encik Heng.
Beliau juga memimpin pembangunan Singapura untuk menjadi sebuah negara bijak serta bandar global, yang "menghubungkan Asia dengan seluruh dunia".
"Ini amat mencabar dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana persaingan kuasa besar telah meningkat," kata Encik Heng.
Encik Lee juga membentuk masyarakat yang prihatin dan kohesif untuk "berkongsi faedah pertumbuhan dengan semua", tambahnya.
Inisiatif seperti SkillsFuture, pakej Generasi Perintis dan ComCare membantu meyakinkan rakyat Singapura bahawa "kami berjalan seiring dengan mereka semasa mereka mengejar impian mereka", kata Encik Heng.
"Bagi pihak parti, dan rakan-rakan kami di Teck Ghee dan Ang Mo Kio, terima kasih Setiausaha Agung atas bimbingan, kebijaksanaan dan pandangan jauh selama empat dekad."
Encik Lee berkhidmat di cawangan Teck Ghee PAP selama 40 tahun. Beliau adalah Anggota Parlimen (MP) di kawasan pilihan raya ahli tunggal Teck Ghee pada tahun 1984, dan sejak pembubarannya pada tahun 1991 telah mewakili kawasan Teck Ghee sebagai sebahagian daripada kawasan perwakilan kumpulan Ang Mo Kio.
Encik Heng juga menyeru parti dan rakyat Singapura untuk menyokong Encik Wong, yang turut hadir di persidangan tersebut.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, PAP merujuk Encik Lee sebagai "Setiausaha Agung yang akan melepaskan jawatan", sambil menyampaikan penghargaannya atas "kepimpinan, khidmat dan sumbangan teladan beliau kepada parti tersebut".
Acara yang berlangsung pada Sabtu itu, turut menyaksikan seramai 449 aktivis parti diiktiraf atas khidmat mereka kepada penduduk dan sumbangan mereka dalam menyokong tujuan yang dianggap penting bagi Singapura.
Pingat Bintang Jasa Gemilang yang merupakan pengiktirafan tertinggi di majlis itu, disampaikan kepada bekas tokoh politik S Vasoo.
Dr Vasoo, yang merupakan mantan AP, berkhidmat kepada masyarakat di Ang Mo Kio, Tiong Bahru dan Tanjong Pagar selama 40 tahun.
Pada Ahad, parti tersebut akan memilih CEC yang ke-38, yang dipilih semula setiap dua tahun di persidangan tersebut.
Pelantikan tertentu seperti bagi jawatan Setiausaha Agung, Pengerusi dan Bendahara, akan diumumkan dalam beberapa minggu seterusnya.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.