Lee Hsien Loong' bakal jadi "konsultan" paling berharga SG: Teo Chee Hean
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengunduran Perdana Menteri Lee Hsien Loong untuk menjadi Menteri Kanan Singapura akan memastikan kesinambungan dan kestabilan sedang Singapura menjalani peralihan kepimpinan politik.
Demikian menurut Menteri Kanan Teo Chee Hean yang turut menyifatkan 'Menteri Kanan Lee Hsien Loong' nanti sebagai "konsultan" paling berharga yang boleh dimiliki Singapura.
Dalam wawancara bersama Mediacorp sempena peralihan pucuk kepimpinan negara, SM Teo yang menyandang jawatan itu sejak 2019, menjelaskan bahawa ehwal negara amat luas dan kompleks sehingga mustahil seorang individu boleh menguruskannya sendiri.
Jadi beliau perlu bergantung kepada pasukannya.
"Selalunya apabila ada isu-isu yang melibatkan beberapa kementerian, kami cuba dan menghuraikan isu-isunya antara kementerian-kementerian tersebut dan mendapatkan pelbagai pandangan.
"Mungkin ada keutamaan yang berbeza-beza, cuba menanganinya, dan kemudian kami akan ada satu kedudukan yang diselaraskan, jadi kami tidak perlu menangani setiap isu, berbahas di peringkat Kabinet. Jadi anda tahu setiap isu dan kami apabila ke Kabinet, kami lebih cekap dalam cara kami membuat keputusan," kata Encik Teo.
Bagaimanapun Encik Teo menambah, setiap Menteri Kanan memainkan peranan yang berbeza, bergantung kepada kepakaran mereka dan Perdana Menteri pada masa itu.
"Dan saya rasa Encik Lee (Kuan Yew) sendiri, Encik Goh (Chok Tong) menunjukkan contoh yang baik tentang tanggungjawab SM. Dan Encik Lee sangat, sangat menghormati Encik Goh sebagai PM. Jadi, anda sekarang merupakan PM, anda memegang jawatan itu.
"Anda harus membuat keputusan dan memikul tanggunjawabnya. Dahulu, Encik Lee berkongsi pengalaman beliau dengan kami, tetapi beliau akan berkata, ini adalah pengalaman saya, apa yang terjadi.
"Inilah perkara-perkara yang mungkin anda ingin pertimbangkan, tetapi anda yang membuat keputusan. Itulah yang dilakukan Encik Lee dahulu. Dan itu jugalah yang dilakukan Encik Goh (selaku SM)," tambahnya.
Encik Teo turut menekankan, banyak lagi yang boleh Encik Lee Hsien Loong sumbangkan kepada negara tetapi dalam peranan berbeza, ekoran luasnya pengalaman dan rangkaian beliau.

"Anda bercakap tentang mendapatkan konsultan. Inilah konsultan paling berharga yang anda mungkin boleh dapat, yang melakukannya kerana beliau adalah sebahagian pasukan ini dan beliau benar-benar berkongsi komitmen yang sama. Dan inilah yang saya rasa, kami sangat bertuah dengan kepimpinan Encik Lee di Singapura.
"Di banyak negara lain yang menyaksikan peralihan pemerintah, ia lazimnya bergolak, anda hilang kesinambungan dan kestabilan ini. Dan anda juga berpotensi kehilangan pengalaman pemimpin sebelumnya. Jadi saya rasa, ini adalah sesuatu yang kami ada di Singapura, yang kami perlu hargai," tambah Encik Teo.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.