Lebihan bayaran oleh MOE, NParks antara kelemahan dibangkit dalam laporan AGO
Anggaran Waktu Membaca:

Ibu pejabat AGO. (Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)
SINGAPURA: Lebihan bayaran kepada kontraktor-kontraktor oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Taman Negara (NParks) merupakan antara kelemahan yang dibangkitkan Pejabat Ketua Audit Negara (AGO) dalam laporannya pada Rabu (17 Jul).
Laporan audit bagi tahun kewangan 2023-2024 mendedahkan penyata kewangan pemerintah meliputi akaun kesemua 16 kementerian dan lapan badan negara. AGO turut mengaudit tiga dana pemerintah, lapan badan berkanun, empat syarikat milik pemerintah dan dua akaun lain.
"Ini adalah pengesahan bebas bahawa akaun pemerintah disediakan, dalam semua aspek penting, mengikut undang-undang dan dana awam telah diambil kira dengan betul," kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan berasingan.
Entiti lain, yang mana kesilapannya turut dikesan termasuk Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Politeknik Nanyang (NYP).
AGO juga menjalankan audit tematik mengenai langkah-langkah sokongan keibubapaan yang ditadbir oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA).
MOF menekankan bahawa pemerintah mengambil pengamatan AGO secara serius, dan audit tersebut penting bagi mengekalkan kepercayaan awam, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan wang awam.
"Sekiranya terdapat kesilapan yang telah dikenal pasti, ketua-ketua agensi akan menyemak semula setiap kes dengan teliti untuk mengesan punca utamanya, dan melaksanakan langkah-langkah untuk menangani isu-isu tersebut dengan segera," nyata Kementerian Kewangan.
"Kami juga akan terus berusaha untuk memperkukuh keupayaan, proses dan sistem tadbir urus meliputi agensi-agensi tersebut. Amalan baik yang diketengahkan akan dikongsi dengan agensi-agensi awam demi meningkatkan standard tadbir urus."
LEBIHAN BAYARAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Lebihan bayaran oleh MOE dan NParks diketengahkan sebagai kelemahan dalam pengurusan pemerolehan dan kontrak.
Berhubung MOE, pemeriksaan AGO ke atas tiga kontrak binaan sekolah yang diuruskan oleh para konsultan, mendapati adanya kelemahan dalam pengurusan kontrak dalam kesemua tiga kontrak itu.
Kelemahan-kelemahan tersebut termasuk kelulusan yang diperoleh selepas kerja-kerja variasi bermula, kelemahan dalam penilaian variasi kontrak, dan bayaran bagi kerja-kerja yang tidak dijalankan atau tidak dilakukan mengikut keperluan kontrak.
Jumlah yang terlebih bayar kepada kontraktor-kontraktor itu dianggarkan sebanyak S$317,100.
Selain itu, AGO turut menarik perhatian mengenai berlakunya kelengahan yang lama dalam menyiapkan akaun muktamad bagi kontrak-kontrak membina 20 sekolah, daripada dua bulan sehingga lebih tiga tahun.
Dalam kenyataan berasingan pada Rabu, MOE menyatakan pihaknya "memandang serius" kelemahan-kelemahan yang disentuh dalam laporan AGO tersebut.
"Kami telah mengambil langkah-langkah segera untuk memperbetulkannya sepertimana dibangkitkan oleh AGO dan akan meningkatkan usaha demi memperkukuh proses kami demi mengelak kesilapan sama daripada berulang."
MOE menyatakan ia telah mendapatkan semula sebanyak S$68,000 dan akan menyemak projek pembangunan sekolah-sekolahnya yang sedang dilakukan bagi mengesan sebarang kelemahan yang mungkin berlaku.
LEBIHAN BAYARAN OLEH NPARKS
Mengenai NParks, pemeriksaan mendapati terdapat kesilapan dalam penilaian dan bayaran bagi 22 daripada 60 perintah kerja yang dikeluarkan di bawah kontrak dua penggal.
Kelemahan-kelemahan yang dikesan termasuk membuat bayaran penuh bagi kerja yang tidak dilakukan atau tidak dibuat mengikut arahan yang ditetapkan dan membuat bayaran berganda.
NParks menyatakan, setakat sehingga Mei lalu, ia telah mengambil tindakan bagi mendapatkan semula kira-kira S$0.29 juta dan sedang berusaha memulihkan baki pembayaran.
Ia juga telah membuat aduan polis tentang kemungkinan salah laku dalam dokumen-dokumen yang dihantar bagi satu kontrak binaan.
Dalam pengauditan pengurusan kontrak MHA bagi penyediaan perkhidmatan logistik, termasuk perkhidmatan pengurusan gudang, AGO menyatakan adanya kelemahan dalam inventori dan pengurusan rekod.
POLITEKNIK NANYANG
AGO turut mendapati kesilapan dalam pengurusan pendapatan dan kutipan di Politeknik Nanyang (NYP).
Analisis data mendapati adanya kelewatan dalam pengeluaran bil bagi yuran kursus. Bil berjumlah S$8.98 juta hanya dikeluarkan selepas tarikh permulaan kursus, dengan ada yang dikeluarkan selewat-lewatnya setahun selepas permulaan kursus.
Ia juga mendapati bahawa NYP tidak mengambil tindakan susulan segera ke atas yuran kursus tertunggak yang perlu dibayar. Yuran kursus berjumlah S$0.24 juta bagi 304 bil tertunggak selama enam bulan hingga tiga setengah tahun setakat 15 Nov 2023.
"Adalah penting bagi NYP untuk mengambil sikap lebih teliti dan memperkukuh prosedurnya bagi pengebilan segera dan kutipan yuran kursus. Jika tidak, semakin lama yuran tersebut dibiarkan tidak dibayar, semakin rendah kemungkinan pemulihan," tekan AGO.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.