Lebih sokongan diperlukan bagi rapatkan jurang jantina
Para peniaga, pelanggan dan rakyat tempatan harus bekerjasama supaya lebih ramai wanita diberi lebih banyak peluang di tempat kerja.
SINGAPURA: Para peniaga, pelanggan dan rakyat tempatan harus bekerjasama supaya lebih ramai wanita diberi lebih banyak peluang di tempat kerja.
Semasa berucap di Sidang H.E.R Asia pada Rabu (26 Sep), Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Grace Fu berkata jurang antara kaum hawa dengan adam sudah berkurangan.
Namun lebih banyak sokongan daripada semua pihak diperlukan bagi perwakilan lebih ramai kaum hawa dalam pucuk pimpinan korporat.
Merujuk kepada kajian-kajian yang dijalankan di Singapura, hanya 30 peratus wanita diberi peranan kanan perniagaan dan hanya 10 peratus jawatan lembaga pengarah dipegang wanita.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.