Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih separuh projek BTO tergendala dek COVID-19 sudah siap dibina: HDB

Lebih separuh daripada projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO) yang tergendala kerana  pandemik COVID-19 sudah siap dibina, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Sabtu (28 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih separuh daripada projek Bina-Ikut-Tempahan (BTO) yang tergendala kerana  pandemik COVID-19 sudah siap dibina, menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Sabtu (28 Jan).

52 projek yang siap dibina itu membentuk sekitar 55 peratus daripada pembangunan yang tertangguh sepanjang dua tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDB Tan Meng Dui.

"Kadar projek yang siap itu melebihi apa yang biasa dicapai sebelum COVID-19, malah adalah tertinggi disiapkan HDB dalam masa lima tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan media.

Encik Tan berjanji bahawa dalam dua tahun akan datang, HDB akan terus mengurangkan penangguhan projek HDB.

Pada 2021, jumlah projek  tergendala yang melebihi anggaran tarikh ia siap adalah lebih 90 peratus namun ia kini merosot kepada sekitar 40 peratus projek sedia ada, menurut HDB dalam satu kemas kini pada Sabtu.

Beberapa contoh projek yang tertangguh namun sudah siap adalah Northshore Edge di Punggol dan lagi tiga projek yang terjejas apabila pihak kontraktor mengalami masalah kewangan - Senja Ridges, Senja Heights dan Sky Vista @ Bukit Batok.

HDB tidak mendedahkan jumlah projek tertangguh yang masih dalam pembinaan. Setakat April lalu, jumlah projek BTO yang tertangguh selama enam bulan atau lebih lama adalah sebanyak 58 projek, iaitu kurang 60 peratus daripada kesemua projek, yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam satu kemas kini pada minggu lalu, HDB menyatakan 94 projek masih sedang dibina,, termasuk projek yang tidak tergendala  kerana COVID-19.

Menurut HDB, kerja-kerja menyiapkan projek BTO berjaya dilakukan disebabkan keadaan pandemik COVID-19 yang bertambah baik dan situasi tenaga kerja hijrahan serta "sokongan dan bantuan kukuh" yang dihulurkan kepada industri binaan.

"Sedang kita berusaha menyiapkan projek-projek binaan yang ada, HDB komited terhadap keselamatan dan sedang bekerja rapat dengan  konsultan dan kontraktor untuk melaksanakan prosedur di tapak-tapak binaan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja," menurut HDB.

HDB juga menjelaskan bahawa jangka masa binaan bagi setiap projek mungkin berbeza disebabkan ciri-ciri tapak itu dan kerumitan projek.

Kerumitan projek bergantung kepada beberapa faktor termasuk jumlah blok dan unit, ketinggian blok dan ciri-ciri rekaan tambahan seperti teres di bumbung bangunan atau tempat letak kereta bawah tanah.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan