Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih separuh murid Darjah 4-6 sudah tempah slot vaksin COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Dec 2021 02:29PM Dikemas Kini : 29 Dec 2021 11:43PM

SINGAPURA: Lebih separuh pelajar Darjah 4 hingga 6 sudah menempah slot bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, dalam masa seminggu selepas menerima undangan untuk berbuat demikian.

Daripada jumlah tersebut, beberapa ribu sudah mendapatkan suntikan dos pertama mereka sejak program vaksinasi bagi kumpulan itu bermula pada Isnin (27 Dis).

Mengumumkan demikian dalam catatan Facebook pada Rabu (29 Dis), Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata beliau faham banyak ibu bapa berharap untuk mendapatkan slot bagi hujung minggu, Jumaat hingga Ahad namun menggesa mereka supaya menimbangkan janji temu pada hari-hari biasa, supaya anak mereka boleh mendapat suntikan secepat mungkin.

Beliau memberi jaminan bahawa anak mereka akan diberi cuti sakit jika mendapatkan suntikan semasa sesi sekolah, atau mereka merasa tidak sihat selepas itu.

Tegas Encik Chan, pihak sekolah akan mengaturkan langkah-langkah yang perlu bagi membantu pelajar tidak ketinggalan dalam kerja-kerja sekolah mereka.

Tempahan slot vaksinasi untuk murid Darjah 1 hingga 3 akan dibuka pada Rabu (5 Jan), manakala bagi kanak-kanak lima hingga lapan bermula pada 6 Jan.

Sementara itu, Encik Chan berkata, lebih 5,000 janji temu dibuat melalui Sistem Janji Temu Nasional, sejak ia dibuka Ahad lalu, kepada pelajar berusia sembilan hingga 11 tahun yang tidak belajar di sekolah yang dikendalikan MOE.

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan