Lebih sejuta isi rumah HDB bakal terima rebat U-Save, S&CC pada Jul
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Calvin Oh/CNA)
- Kementerian Kewangan Singapura mengumumkan lebih 1 juta isi rumah HDB akan menerima rebat U-Save dan S&CC pada bulan Julai.
- Pemberian ini adalah sebahagian skim Baucar GST untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah dan pertengahan mengurangkan kos utiliti dan yuran penyenggaraan.
- Agihan rebat dilakukan secara suku tahunan, dengan fasa kedua pada Julai, selepas fasa pertama pada April dan seterusnya pada Oktober tahun kewangan 2026.
- Rebat akan dikreditkan secara automatik ke akaun isi rumah melalui SP Services dan majlis bandaran tanpa memerlukan tindakan lanjut daripada penerima.
SINGAPURA: Lebih 1 juta isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) bakal menerima rebat U-Save serta Rebat Caj Perkhidmatan & Penyenggaraan (S&CC) pada bulan Julai, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) pada Selasa (30 Jun).
Pemberian rebat itu adalah sebahagian daripada skim Baucar GST (GSTV) tetap bagi membantu meringankan beban perbelanjaan api dan air serta yuran S&CC bagi isi rumah HDB yang berpendapatan rendah dan pertengahan.
Agihan rebat pada bulan Julai ini merupakan pemberian suku tahunan kedua di bawah skim berkenaan bagi tahun kewangan 2026. Fasa pertama bantuan telah pun diagihkan pada April lalu, manakala agihan seterusnya dijadualkan pada bulan Oktober nanti.
Menurut MOF, isi rumah yang layak akan menerima rebat GSTV–U-Save bernilai sehingga S$190 serta rebat S&CC sehingga satu bulan pada bulan depan, berdasarkan jenis flat HDB mereka.
Secara keseluruhan bagi tahun kewangan ini, isi rumah yang layak akan menerima rebat U-Save sehingga S$570 dan rebat S&CC sehingga 3.5 bulan.
"Isi rumah yang layak tidak perlu melakukan sebarang tindakan lanjutan," jelas MOF.
"Rebat U-Save akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun api air isi rumah dengan SP Services, manakala rebat S&CC pula akan dimasukkan terus ke dalam akaun S&CC isi rumah dengan majlis bandaran masing-masing."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.