Lebih S$70,000 dikumpul bagi 7 pekerja hijrahan selamatkan pemandu insiden tanah jerlus
Menteri Negara Tenaga Kerja Dinesh Vasu Dash bertemu dan berinteraksi dengan para pekerja hijrahan di dormitori mereka pada 27 Julai 2025. (Gambar: Facebook/Dinesh Vasu Dash)
“Terima kasih rakyat Singapura atas sifat murah hati anda terhadap para pekerja hijrahan ini yang menjadi wira kerana menyelamatkan mangsa tanah jerlus!” menurut pertubuhan itu dalam catatannya di Facebook pada Rabu (30 Jul).
Para pekerja hijrahan itu adalah Pitchai Udaiyappan Subbiah, 47 tahun, dan rakan-rakan sekerjanya Velmurugan Muthusamy, 27 tahun, Poomalai Saravanan, 28 tahun, Ganesan Veerasekar, 32 tahun, Bose Ajithkumar, 26 tahun, Narayanasamy Mayakrishnan, 25 tahun dan Sathapillai Rajendran, 56 tahun.
Menurut halaman kempen itu, jumlah sebenar yang dikumpul adalah sebanyak S$72,241 daripada 1,639 penyumbang.
Pertubuhan kebajikan itu mengumumkan bahawa ia turut akan menganjurkan sesi pertemuan dengan para pekerja hijrahan tersebut secepat mungkin.
Sementara itu, Pejabat Presiden memaklumkan kepada Mediacorp bahawa para pekerja hijrahan yang terlibat dalam operasi menyelamat itu akan diundang ke Rumah Terbuka Istana pada Ahad ini (3 Ogos).
Pada Ahad lalu, ketujuh-tujuh pekerja hijrahan tersebut turut diiktiraf dengan syiling penghargaan “Friends of ACE” oleh Menteri Negara Tenaga Manusia Dinesh Vasu Dash.
Syiling itu dinamakan sempena kumpulan 'Assurance, Care and Engagement' (ACE) di bawah Kementerian Tenaga Manusia (MOM), yang menyokong kebajikan pekerja hijrahan di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.