Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih S$70 juta lesap kepada penipu emel yang menyamar jadi rakan niaga, kakitangan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mangsa kehilangan sekurang-kurangnya S$70.8 juta tahun ini kepada penipu yang menyamar menjadi rakan perniagaan ataupun kakitangan melalui emel palsu, menurut
Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan media pada Sabtu (21 Mei).

Sejak Januari tahun ini, sekurang-kurangnya 149 orang menjadi mangsa penipuan. Penipu akan menggunakan akaun emel yang digodam ataupun palsu untuk menyamar sebagai rakan sekerja, rakan perniagaan ataupun pembekal.

Alamat emel palsu itu sering mengandungi ejaan yang salah ataupun huruf yang digantikan dengan yang lain, yang mungkin tidak nampak jelas pada pandangan pertama, menurut SPF.

Emel tersebut akan memaklumkan kepada mangsa bahawa ada perubahan dalam nombor akaun syarikat mereka. Penipu kemudian akan menyuruh mangsa menyalurkan bayaran kepada akaun bank yang lain, menurut polis.

Mangsa akan terpedaya dan menyalurkan wang kepada akaun bank yang baru.

Untuk beberapa kes, mangsa disuruh untuk membantu penyelia mereka membeli kad baucar dan memberikan kunci pengaktifan.

Mangsa hanya akan sedar bahawa mereka ditipu ketika mereka menjelaskan dengan pembekal atau penyelia mereka dan menyedari bahawa mereka tidak membuat sebarang permintaan atau menerima sebarang bayaran, menurut SPF.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan