Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih S$370,000 dapat dikembalikan selepas bank, polis SG dan Hong Kong gagalkan penipuan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih S$370,000 berjaya didapatkan semula selepas Pasukan Polis Singapura (SPF), bersama dua bank dan polis Hong Kong, menggagalkan penipuan yang menyasarkan seorang mangsa 70 tahun.

Pada 18 April, DBS mengesan urus niaga mencurigakan berjumlah S$180,000 yang dipindahkan daripada akaun lelaki berkenaan ke akaun bank di Hong Kong.

Demikian menurut kenyataan media oleh SPF pada Rabu (1 Mei).

Bank tersebut dengan segera menyekat urus niaga lain daripada akaun mangsa dan memaklumkan kepada Pusat Anti-Penipuan (ASC) SPF.

ASC kemudian dengan segera memaklumkan kepada Pusat Penyelarasan Anti-Penipuan (ADDC) Hong Kong mengenai akaun penerima itu.

Para pegawai dikerah selepas ASC tidak dapat menghubungi lelaki berkenaan, tambah kenyataan media. Pegawai tersebut bergegas ke rumah mangsa, namun dia tidak berada di rumah.

"ASC cuba menggunakan kaedah lain dan berjaya menghubungi rakan keluarga mangsa, yang memaklumkan bahawa S$240,000 lesap dari akaun bank UOB mangsa," dedah SPF.

ASC "bekerjasama dengan UOB untuk mendapatkan semula jumlah penuh daripada akaun bank di Hong Kong, tambah SPF.

PENIPUAN SOKONGAN TEKNIKAL

Menurut SPF, mangsa sedang melayari internet menggunakan komputer apabila satu pemberitahuan muncul dan dia tidak dapat menutupnya.

Mangsa kemudian menekan nombor yang tertera pada pemberitahuan itu, yang mendakwa ia sebagai "Talian Bantuan Microsoft".

Selepas diberitahu bahawa komputernya sudah digodam dan akaun banknya digunakan untuk kegiatan haram, mangsa kemudian dirujuk kepada "pegawai unit jenayah siber SPF".

Di bawah alasan "menjalankan siasatan", penipu mendapatkan butiran akaun bank mangsa, termasuk ID dan kata laluan mangsa. Butiran tersebut kemudian digunakan untuk memindahkan wang daripada akaunnya.

Tindakan pantas antara DBS, UOB, ASC dengan ADCC berjaya mendapatkan semula wang mangsa berjumlah lebih daripada S$380,000" dedah SPF.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan