Lebih S$350 juta berjaya didapatkan semula bagi mangsa penipuan sejak 2019
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA
SINGAPURA: Lebih $350 juta berjaya didapatkan semula untuk mangsa-mangsa yang terpedaya dalam skim penipuan sepanjang empat tahun lalu.
Sejak Pusat Antipenipuan ditubuhkan, Pasukan Polis Singapura (SPF) juga bekerjasama dengan pelbagai bank untuk membekukan lebih 48,000 akaun bank tempatan dan luar negara.
Bagi mengukuhkan lagi kerjasama dengan rakan-rakan antarabangsa, para pegawai penguatkuasaan dari 15 negara berhimpun untuk menghadiri persidangan tiga hari.
Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling menarik perhatian bahawa penipuan siber memerlukan satu "wawasan sejagat" memandangkan ia boleh dilancarkan tanpa mengenal batas sempadan negara.
"Penipu selalu mencari jalan baru untuk mendekati mangsa-mangsa mereka. Jadi, jika negara-negara berkongsi maklumat berhubung kaedah dan taktik baru yang digunakan penipu, dan komited untuk berpadu tenaga, kita akan beroleh peluang lebih baik untuk mematahkan operasi mereka serta meleburkan sindiket mereka," kata Cik Sun.
Hasil kerjasama rapat antara SPF dengan agensi-agensi penguatkuasaan luar negara, lebih 70 penangkapan dibuat dan 13 sindiket penipuan berjaya dilumpuhkan tahun lalu.
Cik Sun juga menggariskan beberapa bidang lain di mana usaha boleh dipertingkat secara bersama.
Satu daripadanya adalah cara untuk mendapatkan semula wang yang lesap dek penipuan.
Beliau berkata kaedah menjejak hasil penipuan rentas sempadan boleh ditambah baik, manakala akaun-akaun bank yang digunakan untuk tujuan penipuan boleh dibekukan dengan lebih cepat lagi.
Ini selain memanfaatkan teknologi secara lebih berkesan.
Sistem pemantauan penipuan, misalnya, boleh membantu mengesan dengan lebih pantas sebarang urus niaga yang mencurigakan.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.