Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih S$1.1 juta berjaya dikumpul konsert Sinaran Hati

Konsert selama sekitar dua jam itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat Presiden Halimah Yacob dan suaminya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih S$1.1 juta berjaya dikumpul konsert Sinaran Hati

Para pemohon bantuan TAA bersama dengan Presiden Halimah Yacob dan suami. (Gambar: Mediacorp Suria)

BERITAmediacorp: Lebih S$1.1 juta berjaya dikumpulkan melalui konsert Sinaran Hati yang berlangsung pada Jumaat (15 Nov).

Konsert selama sekitar dua jam itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat Presiden Halimah Yacob dan suaminya.

Para artis yang membuat persembahan turut mengongsi pengalaman peribadi mereka.

"Terus terang saya rasa bersyukur dan terharu saya datang dari keluarga sederhana. Jadi sedikit sebanyak memahami apa perasaan mereka. Apabila saya dah ke tahap macam ini, jadi saya kongsikan apa yang saya lalui, apa yang saya hadapi, apa yang saya lakukan kepada mereka supaya mereka juga boleh bangkit semula kehidupan mereka," kata artis Singapura Sufi Rashid.

Selain Sufi, artis veteran Sanisah Huri turut membuat persembahan.

Beliau berkata: "Pada saya, memanglah, kita harus membantu dan saya kadang-kadang tengok macam terharu dan sedih tengok keadaan. Dengan adanya TAA ini, dapat juga membantu menggembirakan orang-orang ini."

Para penonton juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan yang memukau dari penyanyi hebat Malaysia, Dayang Nurfaizah, yang turut membuat persembahan demi tujuan amal.

"Saya rasa terharu, rasa macam bertuah kerana Dayang terlibat sama dalam Sinaran Hati ini sebab kita boleh sedikit sebanyak memberi bantuan walaupun dari segi nyanyian," kongsi beliau.

BERJAYA KUTIP S$1 JUTA

Sepanjang dua jam Sinaran Hati berlangsung, orang ramai tidak putus-putus menghulurkan derma melalui talian-talian telepol yang disediakan.

Pertubuhan-pertubuhan korporat juga menghulurkan sumbangan besar mereka kepada Tabung Amal Aidilfitri (TAA).

Perkara ini amat memberangsangkan pihak TAA yang berkongsi bahawa pihaknya menerima permohonan paling banyak tahun ini iaitu daripada lebih 3,000 pemohon bantuan.

Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA Encik Harmizan Abdul Hamid berkata: "Jumlah yang diagihkan tahun ini juga sudah mencatat sejarah. Kita telah mengagihkan lebih S$1 juta kepada lebih daripada 3,000 pmohon yang lulus permohonan mereka. Jadi kempen Sinaran Hati dan Konsert Sinaran Hati ini adalah usaha TAA dan masyarakat untuk membantu TAA terus memperluaskan lagi bantuan yang boleh diberikan."

Orang ramai boleh terus menyumbang melalui wadah-wadah berikut:

-Telepol: 1900 112 9010 bagi S$10. 1900 112 9050 bagi derma S$50.
-Online: www.giving.sg/taa-trust-fund dan www.taa.org.sg/donate
-Tabung Derma: Joo Chiat Complex dan Tanjong Katong Complex

Sumbangan boleh dibuat sehingga 31 Disember.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan