Lebih ramai warga muda SG minta bantuan urus hutang
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Tiada sesiapa yang mahu hidup bergelumang dengan hutang. Namun, keadaan itu menimpa seorang rakyat Singapura, 30 tahun yang terpaksa berhutang keliling pinggang gara-gara untuk membantu melunaskan timbunan pinjaman yang dibuat anggota keluarganya.
Dua tahun kemudian, lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai San itu, berhutang lebih S$80,000 dengan tujuh pemiutang berbeza.
"Saya fikir boleh gunakan wang yang saya pinjam untuk melunaskan hutang," katanya kepada Mediacorp.
Tidak lama kemudian, Shan terus terperangkap dengan hutang apabila fikirannya bercelaru memikirkan perbelanjaan seharian serta keupayaan untuk membayar balik hutang.
"Isteri saya baru melahirkan dan saya perlu beli susu, lampin dan kelengkapan lain untuk anak saya," katanya.
Sewaktu hatinya terlalu sesak memikirkan hutang yang masih belum dijelaskan, San meminta bantuan daripada Adullam Life Counselling, sebuah pertubuhan bukan meraih untung yang membantu mereka yang bergelut dengan masalah hutang sepertinya.
Agensi perkhidmatan sosial sedemikian biasanya bertindak sebagai perantara dengan pemiutang untuk mengaturkan pelan pembayaran balik hutang.
LEBIH RAMAI DAPATKAN BANTUAN LUNAS HUTANG
Lebih ramai rakyat Singapura mendapatkan bantuan untuk melunaskan hutang mereka, dan golongan tersebut semakin muda, kata kaunselor kewangan.
Perkhidmatan Masyarakat Arise2care misalnya, menyaksikan jumlah mereka yang mendapatkan bantuan melonjak 50 peratus sejak dua tahun lalu.
Badan bukan meraih untung itu menambah, lebih 30 peratus kes yang dikendalikannya sudah hilang akal dan tidak ada pilihan lain untuk melunaskan hutang mereka. Bahkan, ada yang terpaksa mendapatkan hutang daripada tailong.
Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, ramai yang hilang pekerjaan atau pendapatan mereka, atau tidak mempunyai cukup simpanan untuk menampung perbelanjaan atau hutang rumah, dan terpaksa meminjam wang, kata Cik Jean Lee, pengurus komunikasi di Adullam Life Counselling.
Selain menanggung hutang disebabkan keperluan keluarga, golongan muda berbuat demikian atas sebab membiayai gaya hidup mereka seperti ketagihan kepada permainan video, tambah kaunselor kewangan.
LEBIH RAMAI GENERASI MUDA BERHUTANG
Jika sebelumnya, mereka yang berhutang berusia 40-an hingga 60-an, Adullam Life Counseling berkata kumpulan kedua terbesar yang datang ke pusat kaunseling itu adalah mereka dalam lingkungan 30-an dan 40-an tahun.
Kira-kira 29 peratus daripada mereka yang meminta bantuan berusia antara 31 dan 40 tahun, dengan kumpulan terbesar terdiri daripada mereka dalam lingkungan usia 41 hingga 50 tahun.
Terdapat juga golongan berusia 20-an tahun atau lebih muda, tambah Cik Lee.
Di Arise2care Community Service, pelanggan termudanya berusia 16 tahun. Remaja itu membelanjakan wang ibu bapanya berjumlah S$80,000 untuk menampung ketagihan kepada permainan video.
PUNCA & SEBAB HUTANG
Bagi sejumlah orang muda, mereka berhutang kerana melabur dalam skim cepat kaya yang gagal atau sebenarnya satu penipuan, kata kaunselor kewangan yang dihubungi Mediacorp.
"Ramai juga berjinak-jinak dalam pelaburan mata wang kripto atau saham, dan mereka terpedaya dengan idea bahawa adalah lebih baik untuk menggunakan wang milik orang lain untuk menjadi kaya dengan cepat," kata Cik Lee.
Satu lagi punca utama golongan muda meminjam wang adalah disebabkan adanya khidmat beli sekarang, bayar kemudian yang tersedia, dan menjadi popular sejak kebelakangan ini.
Pelan bayaran ansuran biasanya tidak mengenakan faedah. Namun, jika mereka terlepas bayar, pembeli mungkin dikenakan caj faedah hingga lima peratus ke atas baki hutang.

PERLUNYA PENDIDIKAN KEWANGAN
Meskipun penyedia khidmat sedemikian mempunyai garis panduan termasuk pengguna hanya boleh mempunyai baki bayaran sehingga S$2,000, langkah itu tidak cukup selagi hutang lapuk tidak diselesaikan.
Kadar faedah yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dijangka memburukkan lagi keadaan.
Justeru, agensi-agensi itu menekankan lagi peri pentingnya meningkatkan pendidikan kewangan dalam kalangan belia.
Dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menabung, peri perlunya mempunyai insurans dan pelaburan, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) melancarkan satu panduan perancangan kewangan asas pada bulan lalu.
Di pihaknya, agensi perkhidmatan sosial menggalakkan mereka yang terjerumus dalam masalah hutang untuk tampil dan mendapatkan bantuan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.