Lebih ramai warga lihat SG sebagai negara demokrasi penuh, namun dengan 'masalah kecil': Tinjauan
Anggaran Waktu Membaca:
Orang ramai di Orchard Road pada 29 Mar 2022. (Gambar fail: CNA/Marcus Mark Ramos)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Satu tinjauan mengenai sikap terhadap politik di rantau Asia Pasifik mendapati lebih ramai rakyat Singapura melihat negara ini sebagai sebuah negara demokrasi penuh pada 2023 berbanding 2020.
Demokrasi penuh adalah negara di mana kebebasan awam dan kebebasan berpolitik tidak hanya dihormati, tetapi juga diperkuat oleh budaya politik yang kondusif dan matang sehingga prinsip-prinsip demokrasi dapat berjalan.
Dapatan terkini Tinjauan Barometer Asia mengenai demokrasi, tadbir urus dan pembangunan, yang dijalankan oleh Institut Kajian Dasar (IPS) Universiti Nasional Singapura, dikeluarkan pada Jumaat (27 Sep).
Tinjauan itu, yang dijalankan antara September dengan November 2023, mengumpulkan respons daripada 1,003 rakyat Singapura berusia 21 tahun dan ke atas.
Dalam satu kenyataan media yang menyimpulkan dapatan-dapatan tinjauan itu, IPS menarik perhatian bahawa demokrasi sebagai sebuah sistem politik "semakin dilihat sebagai sesuai" untuk Singapura.
Sejak 2006, tinjauan Barometer Asia itu menunjukkan kebanyakan rakyat berpandangan bahawa Singapura adalah sebuah demokrasi, tetapi dengan "masalah kecil".
Pada 2023, 12.4 peratus menyatakan Singapura adalah sebuah negara demokrasi penuh, berbanding 9.2 peratus pada 2020.
Dalam tinjauan yang dijalankan dari 2010 hingga 2023, markah purata menunjukkan responden menyifatkan Singapura sebagai lebih demokratik pada 2023 berbanding 10 tahun lalu.
IPS juga menjalankan analisis lanjut ke atas faktor-faktor yang mempengaruhi tanggapan responden terhadap demokrasi di Singapura pada masa lalu berbanding sekarang.
Responden dengan kelayakan pendidikan lebih rendah, seperti mereka yang mempunyai pendidikan teknikal atau menengah, lebih berkemungkinan menganggap Singapura kurang demokratik pada 2023, menurut dapatan IPS.
Sementara itu, mereka yang berusia 35 tahun dan ke atas lebih berkemungkinan menganggap tiada perubahan dari segi demokrasi.
Responden yang percaya pembahagian kuasa dan sumber adil dalam sistem politik Singapura - yang merupakan salah satu faktor bebas yang digunakan dalam analisis itu - juga lebih berkemungkinan beranggapan bahawa tiada perubahan pada demokrasi antara sebelum ini dengan tahun lalu.
"BENTUK PEMERINTAH TERBAIK"
Untuk mengetahui pandangan responden tentang demokrasi, mereka diminta memilih daripada empat kenyataan tentang ciri demokrasi paling penting bagi mereka.
Salah satu ciri dianggap penting tentang demokrasi dalam kalangan rakyat Singapura adalah keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat perlindungan, disediakan untuk semua.
Dari sudut lain pula, kurang penekanan diberikan kepada hak asasi politik-sivik sebagai ciri penting demokrasi. Ini termasuk ciri-ciri seperti masyarakat bebas untuk menyuarakan pandangan politik secara terbuka atau mereka bebas mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan bantahan.
IPS juga mendapati komitmen rakyat Singapura kepada demokrasi kekal konsisten dan utuh.
Pada 2023, 72.2 peratus sama ada sangat setuju atau setuju dengan kenyataan "demokrasi mungkin ada masalah tersendiri, tetapi ia masih bentuk pemerintah yang terbaik".
Lebih 80 peratus rakyat Singapura juga sama ada berpuas hati atau sangat berpuas hati dengan cara demokrasi berfungsi di Singapura dalam lima gelombang Tinjauan Barometer Asia.
"Terdapat keyakinan penuh bahawa demokrasi sesuai untuk Singapura, dan jangkaan kuat bahawa ia akan terus "demokratik" dalam tempoh 10 tahun lagi," menurut dapatan IPS.
Sementara itu, meskipun demokrasi secara amnya tidak terlalu menyerlah berbanding perkembangan ekonomi, tinjauan terbaharu itu menunjukkan lebih - 28.3 peratus - berkata kedua-duanya sama penting.
Sebagai perbandingan, hanya 8.2 peratus berkata kedua-dua sama penting dalam tinjauan 2020.
Rakyat Singapura juga sangat tidak menunjukkan minat kepada senario-senario autoritarian.
Dalam respons kepada satu kenyataan bahawa parlimen dan pilihan raya harus digantikan dengan seorang pemimpin yang kuat yang membuat keputusan, 4.2 peratus berkata mereka sangat bersetuju, manakala 72.7 peratus sama ada tidak setuju atau sangat tidak setuju.
Tentang sama ada hanya satu parti politik harus dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya dan menyandang jawatan, 3.4 peratus responden sangat setuju.
Sementara, 72.9 peratus menyuarakan rasa tidak setuju atau tidak setuju.
Selain itu, pada 2023, 20.9 peratus rakyat Singapura yang memberi respons berpandangan bahawa sistem pemerintah sekarang sudah baik dan tidak perlu diubah.
Manakala jumlah itu naik sedikit berbanding 16.8 peratus pada 2020, ia merosot daripada 22.6 peratus dan 37.8 peratus, masing-masing pada 2014 dan 2010.
Dapatan tinjauan tahun lalu juga menunjukkan 58.6 peratus responden berasa sistem sekarang perlu sedikit perubahan.
PENGARUH AMERIKA DAN CHINA
Secara amnya, responden rakyat Singapura lebih berkemungkinan melihat China sebagai baik untuk Asia dan Singapura berbanding Amerika Syarikat.
Menurut tinjauan tahun lalu. 34.3 peratus berkata Amerika melakukan lebih banyak perkara baik berbanding tidak baik atau agak lebih banyak baiknya berbanding yang tidak baik, manakala 50.1 peratus lebih memihak kepada China.
Responden rakyat Singapura juga percaya China akan ada lebih banyak pengaruh di Asia dalam masa 10 tahun, dengan perbezaan 52.2 peratusan mata kepada pertanyaan serupa mengenai pengaruh Amerika pada masa akan datang.
Menerusi analisis lanjut untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi responden mengenai China dan pengaruh Amerika ke atas Singapura, hanya paras pendapatan membezakan respons mereka, menurut IPS.
Sekalipun demikian, rakyat Singapura berpendapatan lebih tinggi didapati lebih berkemungkinan berpandangan sama mengenai kedua-dua negara dari segi pengaruh mereka.
Para pengkaji juga membandingkan dapatan daripada responden rakyat Singapura dengan responden dari tiga regim politik alternatif - Taiwan, Vietnam dan Filipina.
Berbanding di Taiwan, Vietnam dan Filipina yang lebih memilih Amerika, rakyat Singapura lebih bersikap tidak berpihak antara kedua-dua kuasa besar itu.
Faktor-faktor seperti usia, jantina, pendidikan, minat politik dan sikap terhadap pemerintahan kuku besi membantu menjelaskan bagaimana mereka melihat mutu pengaruh Amerika dan China, menurut IPS.
Contohnya, di Filipina, mereka yang berusia 56 tahun dan ke atas berasa Amerika ada lebih banyak pengaruh positif berbanding China.
Di Taiwan, wanita terbelah pandangan dari segi kuasa besar mana yang mereka pilih.
Seperti di Singapura, responden rakyat Vietnam dalam kumpulan berpendapatan lebih tinggi serta yang lebih berminat kepada politik lebih berkemungkinan berpendapat pengaruh kedua-dua negara adalah sama.
Menurut IPS, semasa menjalankan tinjauan terbaharu itu, responden boleh memberi jawapan mereka menerusi tablet di hadapan penemu duga.
Sebelum ini, penemu duga akan membaca soalan kepada responden dan memasukkan jawapan mereka ke dalam tablet. Penemu duga boleh memberi respons kepada soalan responden dan mereka juga memberikan "tekanan" kepada responden untuk memberi jawapan muktamad, menurut IPS.
Perubahan dalam cara data dikumpulkan membawa kepada jumlah lebih tinggi responden memilih jawapan "Don't understand (Tidak faham)/Don't know (Tidak tahu)/Can't choose (Tidak dapat buat pilihan)/Decline to answer (Enggan jawab)".
Mereka yang menjawab semua soalan sendiri lebih berkemungkinan memilih jawapan "Don't understand (Tidak faham)/Don't know (Tidak tahu)/Can't choose (Tidak dapat buat pilihan)/Decline to answer (Enggan jawab)".
Respons ini tidak diambil kira semasa mengira markah purata bagi respons, menurut IPS.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.