Lebih ramai warga emas didiagnos, dapatkan rawatan berbanding 2013: IMH
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu kajian menunjukkan, kadar kes demensia yang tidak dikesan merosot dengan ketara sepanjang 10 tahun yang lalu.
Menurut hasil Tinjauan Kesejahteraan Warga Emas (WISE), jumlah pesakit demensia yang berterusan tidak didiagnos merosot dari sekitar 70 peratus pada 2013 kepada 51 peratus pada 2023.
Lebih 2,000 warga emas berusia 60 tahun ke atas mengambil bahagian dalam kajian yang dikendalikan oleh Institut Mental Kesihatan (IMH).
Ia pertama kali dilakukan IMH pada 2013 untuk memantau kadar demensia dan kemurungan dalam kalangan warga emas.
Menurut pakar yang terlibat dalam tinjauan tersebut, perubahan pada kadar peratusan tersebut, didorong peningkatan kesedaran mengenai penyakit demensia dalam kalangan orang ramai.
Mengulas lanjut mengenai hasil dapatan kajian yang memberangsangkan itu, penyelidik utama WISE 2023, Profesor Chong Siow Ann berkata: "Saya rasa ia mungkin kerana bertambahnya kesedaran, dan saya rasa terdapat usaha untuk meningkatkan kesedaran itu.
"Kesedaran bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan, malah juga dalam kalangan kakitangan jagaan. Misalnya, doktor keluarga lebih terlatih untuk mengenal pasti mereka yang menghidap demensia," tekannya.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.