Skip to main content

Singapura

Lebih ramai wanita digesa sertai sektor teknologi untuk atasi berat sebelah

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli menggesa lebih ramai wanita supaya menyertai sektor teknologi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Sep 2025 07:46PM Dikemas Kini : 01 Oct 2025 10:37PM
SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli menggesa lebih ramai wanita supaya menyertai sektor teknologi.

Ini demi mengurangkan berat sebelah dari segi jantina yang mungkin secara tidak sengaja wujud akibat sistem-sistem kecerdasan buatan (AI).

Pada masa yang sama, di satu sidang puncak mengenai kesamarataan jantina, Encik Masagos berkata: "Kita juga perlu terus menggalakkan lebih ramai wanita supaya menggalas peranan kepimpinan.

"Mereka adalah wanita yang akan menjadi peran contoh bagi generasi masa hadapan dan yang akan membentuk tempat kerja yang benar-benar inklusif."

Sidang puncak itu turut membincangkan isu kesihatan dan kesejahteraan bagi wanita berusia 40 hingga 59 tahun.

Dapatan awal tinjauan bagi wanita dalam lingkungan usia itu menunjukkan bahawa kesihatan mental mereka terjejas teruk akibat tekanan di tempat kerja, trauma yang belum diselesaikan dan masalah perhubungan.
Sumber : CNA/AI/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita