Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai, termasuk golongan pertengahan akan bayar lebih banyak cukai jika ikut usul WP, kata Menteri MOM

Bantahan Parti Pekerja (WP) terhadap langkah untuk menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menampung inisiatif-inisiatif sosial - dan saranan cukai alternatifnya akan bermakna lebih ramai orang, termasuk pekerja berpendapatan pertengahan, akan membayar lebih banyak cukai, kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Selasa (1 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bantahan Parti Pekerja (WP) terhadap langkah untuk menaikkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menampung inisiatif-inisiatif sosial - dan saranan cukai alternatifnya akan bermakna lebih ramai orang, termasuk pekerja berpendapatan pertengahan, akan membayar lebih banyak cukai, kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Selasa (1 Mac).

Beliau berkata demikian semasa berucap di Parlimen sehari selepas WP menyatakan parti pembangkang itu tidak akan menyokong Belanjawan 2022 disebabkan oleh keputusan Pemerintah untuk menaikkan GST.

Dr Tan berkata walaupun WP menerima hakikat bahawa lebih banyak perbelanjaan diperlukan untuk membiayai langkah-langkah pemerintah untuk mempertingatkan kompak sosial, parti itu pada masa yang sama, tidak bersetuju dengan bagaimana dana itu harus dijana.

"(Apa) yang mereka tidak setuju adalah bagaimana kami merancang untuk melaksanakan tugas sukar ini - iaitu menaikkan hasil bagi membiayai semua perkara baik yang sangat disukai mereka sehinggakan mereka inginkan lebih banyak lagi."

Beliau menarik perhatian bahawa cadangan WP untuk tidak melaksanakan kenaikan GST itu akan menyebabkan kekurangan pendapatan sebanyak S$3.5 bilion.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan