Lebih ramai relawan warga emas tampil bantu masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa pertubuhan menyaksikan lebih ramai warga emas tampil untuk menjadi sukarelawan.
Peranan mereka termasuk mendampingi golongan yang tinggal bersendirian atau menjadi penjaga bagi warga emas lain.
Namun, dengan Singapura dijangka mencecah status "sangat berumur" dalam tempoh tiga tahun akan datang, di mana 21 peratus penduduknya berusia lebih 65 tahun, pertubuhan-pertubuhan itu menyatakan lebih banyak lagi usaha diperlukan untuk membantu warga emas dalam masyarakat.
Jessie Leong, 83 tahun, seorang warga emas yang tinggal bersendirian, berat hati untuk keluar rumah sendirian kerana sudah beberapa kali terjatuh.
Mujur, beliau diperkenalkan kepada sebuah program warga emas, dipanggil ElderAid.
Program di bawah Palang Merah Singapura (SRC) itu mendampingi warga emas serta merujukkan mereka kepada bantuan yang sesuai apabila perlu.
Ini dijalankan dengan bantuan sukarelawan masyarakat yang juga terdiri daripada warga emas.
SRC menyatakan jumlah warga emas yang menjadi sukarelawan meningkat sekitar 20 peratus dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Sebuah pusat di Whampoa menyaksikan peningkatan yang sama.
Buat masa ini, sekitar enam daripada 10 sukarelawannya adalah warga emas.
Mereka membantu menyediakan makanan dan terlibat dalam sesi kaunseling bersama.
Dengan penduduk Singapura yang semakin pesat menua, lebih ramai warga emas juga bakal menjadi penjaga bagi ibu bapa mahupun pasangan mereka.
Bagi Yayasan Tsao yang memberi tumpuan kepada penuaan aktif, sokongan bagi warga emas adalah satu usaha seluruh masyarakat.
Menurutnya, perubahan dasar perlu demi menyokong penjaga warga emas.
Ini mungkin termasuk subsidi pemerintah bagi perkhidmatan dan produk berkaitan jagaan warga emas serta mempunyai perlindungan kesihatan mental yang mencukupi bagi golongan penjaga.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.