Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai relawan diseru bantu perkasa keluarga Melayu tinggal di flat sewa

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli menyeru lebih ramai sukarelawan untuk tampil membantu keluarga-keluarga Melayu yang tinggal di flat-flat sewa.

Ini seperti dengan menawarkan bantuan dalam pembelajaran anak-anak yang menetap di situ ataupun lakukan lawatan ke rumah keluarga-keluarga yang tinggal di flat sewa di bawah naungan Projek DIAN@M³.

Ini lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai anak kecil yang berumur bawah 6 tahun.

Projek DIAN@M³ dilancarkan tahun lalu di M³@Bedok, M³@Geylang Serai dan M³@Jalan Besar.

Encik Masagos berkata demikian dalam ucapannya di acara Perjumpaan Hari Raya Bersama Menteri yang diadakan pada Jumaat (13 Mei) di Hotel Pan Pacific.

"Melalui pendekatan dan intervensi khusus untuk keluarga-keluarga ini, kita ingin memastikan tiada siapa yang tercicir tetapi sebaliknya dapat maju bersama sebagai sebuah masyarakat inklusif yang lebih kukuh," kata Encik Masagos.

"Kita harap Projek DIAN@M³ dapat memperkasa keluarga di flat-flat sewa untuk berdikari dan mencapai mobiliti sosial hingga memiliki rumah sendiri," tambah beliau.

Program tersebut diterajui oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

PERKEMBANGAN PROGRAM M³ YANG LAIN

Di samping itu, Encik Masagos juga memberi perkembangan mengenai beberapa inisiatif M³ yang lain.

Bagi program 'Bersamamu' misalnya, lebih 15,000 pasangan telah dibimbing oleh para Kadi dan Naib Kadi untuk meraih manfaat daripada program tersebut.

Program itu bertujuan untuk menggalak rumah tangga yang kukuh lagi stabil.

Ini satu kenaikan daripada 13,000 pasangan yang telah dibantu menerusi program itu pada Oktober tahun lalu.
 

Selain itu, Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (FITRAH) sudah menyokong sekitar 2,600 keluarga dan lagi 3,000 pesalah meraih manfaat daripada program keagamaan kendaliannya.

FITRAH juga kini menganggotai sebuah rangkaian merangkumi 26 Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) seperti 4PM, Jamiyah, Pergas dan 11 M³@Bandar yang diterajui oleh Menteri Negara Dr Faishal Ibrahim.

Encik Masagos turut melahirkan penghargaannya buat para sukarelawan M³ dan kakitangan MUIS, MENDAKI, MESRA serta pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam lain atas usaha mereka sepanjang krisis COVID-19.

Beliau berkata sokongan dan keprihatinan mereka sudah mula menunjukkan tanda-tanda pembaikan.

Sumber : BERITA Mediacorp/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan