Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai pilih habiskan cuti Tahun Baharu Cina ke luar negara; tempahan melonjak 20%

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jan 2025 09:16PM Dikemas Kini : 01 Jan 2025 09:17PM
SINGAPURA: Selain Tahun Baharu 2025, satu lagi perayaan Tahun Baharu disambut bulan ini, iaitu Tahun Baharu Cina pada 29 dan 30 Januari.

Bagi Tahun Baharu Cina, lebih ramai warga Singapura didapati memilih untuk bercuti ke luar negara, dengan sebilangan agensi pelancongan menyaksikan tempahan melonjak sebanyak 20 peratus berbanding tahun lalu.

Mereka turut menarik perhatian, ramai yang ingin memanfaatkan cuti umum hujung minggu yang lebih panjang itu untuk mengunjungi negara-negara Eropah.

Bercuti ke negara-negara Barat, dan bukan di rantau Asia di mana Tahun Baharu Cina diraikan secara meluas.

Inilah rancangan sesetengah warga Singapura pada Tahun Baharu Cina akan datang.

Menurut agensi pelancongan Super Travels, lebih separuh daripada percutian kendaliannya pada tempoh itu adalah ke negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Portugal.

Agensi-agensi lain turut menyaksikan kenaikan 20 peratus dalam tempahan cuti ke luar negara berbanding tahun lalu, demi memanfaatkan cuti hujung minggu Tahun Baharu Cina lebih panjang kali ini.

Agensi EU Holidays juga menyaksikan sekitar 75 peratus tempahan semasa Tahun Baharu Cina adalah bagi pakej ke destinasi seperti Itali, Switzerland dan Paris.

Menurutnya, para pelanggan kurang berminat mahu ke China kerana kos boleh meningkat sebanyak 20 peratus sewaktu musim perayaan itu.

"Tenaga manusia akan lebih mahal. harga di restoran juga lebih mahal. Akan ada terlalu ramai pengunjung di tempat-tempat tarikan pelancong. Akan ada kesesakan trafik di kebanyakan tempat menarik. Jadi orang ramai ada kecenderungan bercuti ke tempat lebih jauh, ke tempat-tempat seperti Eropah," kata Pengarah Urusan, EU Holidays, Ong Hanjie.

Yang pasti, tidak kira musim, Eropah kekal sebagai tarikan utama pelancong pada permulaan setiap tahun.

Ini kerana ramai yang misalnya ingin menyaksikan fenomena aurora borealis atau 'Northern Lights'.
Sumber : CNA/NY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan