Skip to main content

Singapura

Lebih ramai pesara kembali bekerja sedang kos sara hidup meningkat

Satu tinjauan baru-baru ini mendapati 75% daripada golongan warga emas tempatan merancang untuk terus bekerja selepas usia persaraan bagi kekal aktif.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Aug 2022 09:09PM
SINGAPURA: Beberapa sektor menyaksikan lebih ramai pesara kembali bekerja sedang kos kehidupan semakin meningkat dan masalah kekurangan tenaga kerja bertambah buruk.

Para pengamat juga meramalkan kenaikan usia persaraan dari 67 tahun kepada 68 tahun akan menggalakkan lebih ramai pesara untuk kembali bekerja.

Firma penyelidikan Milieu Insight baru-baru ini mendapati dalam satu tinjauannya, 75 peratus daripada golongan warga emas tempatan merancang untuk terus bekerja selepas usia persaraan bagi kekal aktif.

Menurut para pengamat, adalah penting bagi syarikat tempatan untuk melihat pada prestasi pekerjaan seseorang dan bukan hanya kelayakan akademik. Pihak syarikat juga perlu melabur dalam latihan pekerja.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan lebih 90 peratus pekerja yang layak dan mahu terus bekerja mendapat tawaran untuk diambil semula bekerja pada usia 62 tahun.

MOM menjangkakan ini akan berterusan disebabkan pasaran buruh yang ketat.
Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita