Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai penduduk SG mohon perlindungan daripada muflis

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Dec 2022 07:47PM Dikemas Kini : 21 Dec 2022 08:46PM
SINGAPURA: Lebih ramai orang di Singapura memohon perlindungan daripada muflis.

Jumlah pemohon setakat November tahun ini telahpun melepasi angka keseluruhan pada tahun lalu.

3,380 permohonan difailkan sejauh ini untuk 2022, lebih tinggi berbanding ketika pandemik sepanjang dua tahun lalu.

Ia bermakna, tiada tindakan undang-undang boleh diambil oleh si pemiutang.

Hutang tersebut juga dibekukan, namun ia tetap perlu dilunaskan pada setiap bulan.

Kebanyakan pemohon merupakan golongan peniaga, terutama pemilik syarikat kecil dan sederhana atau SME.

Menurut peguam yang sering menangani kes-kes sebegini, oleh kerana tempoh moratorium semasa pandemik sudah berakhir, ramai yang terjejas tidak dapat menyelamatkan model perniagaan mereka dan terpaksa gulung tikar.

Data Kementerian Undang-Undang juga menunjukkan, ramai yang berhutang menghadapi kesukaran untuk melunaskan hutang mereka.

Kurang dari seribu individu berjaya bebas daripada diisytiharkan muflis, kerana hutang sudah dilunaskan atau pihak pemiutang telah menerima tawaran penyelesaian.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan