Lebih ramai penduduk SG mahu pemerintah lebih terlibat dalam isu kaum, agama: Tinjauan IPS
Hampir separuh daripada penduduk Singapura percaya soal kaum dan agama, jika tidak ditangani dengan betul, akan menjadi punca utama yang boleh mencetuskan kemarahan terhadap sesebuah masyarakat.

Orang ramai dengan pelbagai latar belakang (Gambar: Roslan Rahman/AFP)
Demikian hasil tinjauan yang dilakukan oleh Institut Pengajian Dasar (IPS), pada Isnin (4 Feb) melibatkan 4,000 penduduk Singapura.
Kira-kira 33 peratus responden pula berpendapat bahawa isu kaum dan agama boleh mencetuskan keganasan jika tidak diurus dengan baik.
Selain itu, lebih 90 peratus responden berpendapat bahawa Pemerintah telah melakukan dengan baik untuk meningkatkan keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Mereka juga berpendapat bahawa pemerintah terus melaksanakan sistem yang adil tanpa mengira bangsa atau agama.
Tinjauan yang dijalankan pada 2024 itu juga mendapati 30.5 peratus responden berkata harus ada lebih banyak penglibatan pemerintah berhubung isu kaum berbanding 27.3 peratus pada 2018.
Berhubung isu agama pula, 28.4 responden merasakan penglibatan pemerintah diperlukan, berbanding 23.2 peratus pada 2018.
Di samping itu lebih 80 peratus penduduk yang ditinjau percaya adalah penting dasar imigresen Singapura mengekalkan corak penduduk negara ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.