Lebih ramai penduduk SG alami tekanan darah tinggi dan obesiti, pengambilan garam naik
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan seorang jururawat memeriksa tekanan darah pesakit. (Gambar fail: AFP)
SINGAPURA: Lebih ramai penduduk Singapura menghidap tekanan darah tinggi, serta masalah obesiti, berbanding tempoh sebelum pandemik.
Demikian menurut Tinjauan terbaharu Kesihatan Penduduk Nasional , yang menemubual kira-kira 8,000 orang dewasa dari pertengahan 2021 hingga 2022.
Hampir 37 peratus atau dua daripada setiap lima penduduk Singapura didapati menghidap tekanan darah tinggi, melibatkan terutamanya penduduk lebih tua berusia 50 hingga 74 tahun.
Jumlahnya adalah hampir seganda berbanding 2010 sebanyak 19.8 peratus.
Satu lagi tinjauan mengenai tabiat pemakanan juga mendapati bahawa penduduk Singapura mengambil lebih banyak garam daripada jumlah yang disarankan.
Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional itu mendapati bahawa sembilan daripada 10 penduduk Singapura melebihi had pengambilan garam yang disarankan iaitu kira-kira 2,000 miligram, atau satu sudu kecil garam.
Pengambilan sodium yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, yang sudah menjejas dua daripada lima penduduk Singapura.
Ia adalah dua kali ganda daripada 2010.
Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung dan angin ahmar.
Satu lagi kajian berkaitan tentang tabiat pemakanan,
mendapati bahawa penduduk di Singapura lebih banyak memakan makanan berlemak.
Pengambilan lemak meningkat enam gram dari 2019 hingga 2022.
36 peratus daripada jumlah lemak yang dimakan tahun lalu adalah lemak tepu.
Ia melebihi had yang disyorkan sebanyak 30 peratus.
Obesiti juga sedang meningkat.
Hampir 12 peratus penduduk Singapura mengalami berat badan berlebihan, naik daripada 10.5 peratus dalam Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional sebelum ini.
Ia terutamanya menjejas kumpulan usia 18 hingga 29 tahun dan 40 hingga 59 tahun.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.