Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai penduduk S'pura menderma, lakukan kerja sukarela waktu pandemik

Lebih ramai rakyat Singapura memberi sumbangan derma dan melakukan kerja sukarela secara online semasa pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai penduduk S'pura menderma, lakukan kerja sukarela waktu pandemik

Seorang sukarelawan RLAF mengajar warga emas asas kemahiran digital (Gambar: RLAF)

Diterbitkan : 24 Nov 2021 08:33PM Dikemas Kini : 24 Nov 2021 08:35PM

SINGAPURA: Lebih ramai rakyat Singapura memberi sumbangan derma dan melakukan kerja sukarela secara online semasa pandemik COVID-19.

Jumlahnya bertambah dua angka berbanding tempoh sebelum pandemik itu melanda.

Data itu berdasarkan hasil Tinjauan Pemberian Individu, yang melibatkan sekitar 2,000 orang.

Menurut Pusat Sukarelawan dan Filantropi Kebangsaan (NVPC), jumlah orang yang mendaftar untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan secara online meningkat 29 peratus semasa pandemik COVID-19 berbanding 2018.

Jumlah sumbangan derma online pula naik 37 peratus.

Sebahagiannya disebabkan oleh langkah-langkah yang dilaksanakan bagi membendung COVID-19.

Tinjauan Pemberian Individu juga mendapati ramai orang menjadi sukarelawan dengan sektor khidmat sosial sepanjang tahun lalu.

Jumlahnya naik lapan peratus berbanding 2018.

Sebaliknya jumlah sokongan yang diberikan kepada sektor pendidikan dan keagamaan masing-masing merosot 17 peratus dan 15 peratus. 

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan