Skip to main content

Singapura

Lebih ramai pemilik simpan kereta lama, belanja lebih untuk senggara kenderaan sedang harga COE meningkat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecantikan dan bengkel kereta di Singapura sedang menyaksikan perniagaan yang berkembang maju, dengan salah satu daripadanya menerima lonjakan pelanggan hampir 60 peratus sejak setahun lalu.

Ini berikutan lebih ramai pemilik kereta memlih untuk menggunakan kereta mereka yang sudah lama dimiliki, dan tidak membeli kereta baharu sedang premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) mencecah paras tertinggi.

Mereka juga berbelanja lebih untuk memastikan kenderaan mereka berfungsi, atau sekurang-kurangnya kelihatan baharu dengan lapisan cat baharu.

PREMIUM COE KERETA CECAH PARAS TERTINGGI

Lima tahun lalu, COE kereta hanya berharga kira-kira S$25,000.

Hari ini, harga itu bernilai lebih dari empat kali ganda buat kereta yang kurang berkuasa tinggi. Bagi kereta berkuasa tinggi, harganya adalah lima kali ganda.
PEMILIK PILIH GUNA KERETA SEDIA ADA

Sedang premium COE terus meningkat, sejumlah pemandu yang membeli kereta mereka pada harga COE yang rendah memilih untuk menyimpan kereta mereka, dan tidak sekerap (scrap) dan membeli kereta baharu.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jumlah pemandu yang membatalkan pendaftaran kereta mereka semakin berkurangan.

Pada 2017, 80,788 pendaftaran kereta Kategori A dan B dibatalkan. Angka itu jatuh kepada 24,938 tahun lalu.

Bengkel kereta juga menyaksikan lebih ramai pemilik kereta membawa kereta lama untuk menjalani servis atau pembaikan.

Eurokars Services menyatakan ia melihat pelanggan membelanjakan sehingga tiga kali ganda untuk menghiasi kereta lama mereka.

BERBELANJA PADA PERKHIDMATAN DANDANAN

Selain membawa kereta mereka ke bengkel bagi perkhidmatan membaiki kereta, menukar penapis, pad brek atau memeriksa .... tayar, segelintir warga Singapura membelanjakan wang mereka pada perkhidmatan dandanan, termasuh cata baharu dan memasang bahagian dibuat sendiri.

Dengan permintaan yang meningkat, Yap Motor Repair Service, yang mempunyai seorang tukang mekanik dan 18 pekerja di kedai catnya, perlu merubah cara pekerjaan dan perniagaannya.

"Segelintir generasi muda warga Singapura merasakan kereta mereka dalam keadaan yang baik, dengan satu atau dua tahun lagi pada COE mereka, lebih baik dapatkan warna baharu, memandunya dan tunjuk kepada rakan-rakan dan ahli keluarga," kata Encik Keith Yap, eksekutif perniagaan di Yap motor Repair Service.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita