Skip to main content

Singapura

Lebih ramai pembeli kali pertama akan terima sokongan miliki rumah

Sokongan kewangan akan dilanjutkan kepada pembeli kali pertama yang tinggal bersama anak-anak di flat sewa awam bagi membantu lebih ramai warga memiliki rumah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Mar 2025 08:52PM Dikemas Kini : 05 Mar 2025 09:26PM
SINGAPURA: Sokongan kewangan akan dilanjutkan kepada pembeli kali pertama yang tinggal bersama anak-anak di flat sewa awam bagi membantu lebih ramai warga memiliki rumah.

Sebelum ini, Skim 'Fresh Start' atau Permulaan Baharu hanya dibuka kepada pembeli flat kali kedua.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Negara (MND) juga sedang membina lebih banyak flat sewa.

"Kami komited untuk menyokong semua isi rumah sewa awam untuk memiliki rumah sendiri, bermula dengan keluarga yang mempunyai anak atau keluarga ComLink+," kata Menteri Negara bagi Pembangunan Negara Dr Faishal Ibrahim

Sejak akhir tahun lalu, HDB telah menyediakan panduan pemilikan rumah secara proaktif kepada keluarga ComLink+ apabila mereka memasuki skim sewa awam. Apabila keluarga menerima kunci flat sewa awam mereka, pegawai HDB akan membimbing mereka dalam perjalanan pemilikan rumah," tambahnya.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita