Lebih ramai pembantu rumah hijrahan mohon jadi pekerja pembersihan
Syarikat-syarikat pembersihan di Singapura menyatakan bilangan pembantu rumah hijrahan yang memohon untuk menjadi pekerja pembersihan, naik mendadak.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Syarikat-syarikat pembersihan di Singapura menyatakan bilangan pembantu rumah hijrahan yang memohon untuk menjadi pekerja pembersihan, naik mendadak.
Salah sebuah syarikat memberitahu Mediacorp bahawa jumlah permohonan naik hampir seganda dalam tempoh enam bulan lalu. Keadaan ini sekali gus membantu syarikat itu mengembangkan perniagaan.
Selepas enam tahun bekerja sebagai seorang pembantu rumah hijrahan, Moe Zin, 33 tahun, dari Myanmar, memutuskan untuk menukar pekerjaan.
"Saya menjaga datuk selama 24 jam. Dia tidur, saya juga tidur. Dia bangun, saya juga bangun. Jadi tiada masa, saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri. Saya sentiasa perlu menjaga dia. Jadi saya buat keputusan untuk mendapat kebebasan," kata seorang pekerja pembersihan sepenuh masa di MEIDE.SG, Moe Zin.
Moe Zin berkongsi bahawa rakan-rakannya juga berminat untuk menukar pekerjaan.
Menurut syarikat pembersihan Meide, jumlah permohonan yang diterimanya naik hampir seganda berbanding enam bulan lalu.
Bayaran gaji yang lebih tinggi dan kelonggaran yang lebih banyak dipercayai antara faktor yang menyumbang kepada trend tersebut.
"Sebelum ini, kebanyakan syarikat atau platform pembersihan bergantung kepada pekerja 'gig', pekerja separuh masa, tetapi terdapat banyak isu melibatkan pekerja 'gig' dan separuh masa," kata Pengasas MEIDE.SG, Pierre Tan.
"Misalnya, kemahiran pembersihan mereka tidak menentu. Ada yang benar-benar bagus, sebilangan mereka adalah pelajar, dan mereka mungkin tidak begitu berminat untuk melakukan kerja-kerja pembersihan."
Bagi sebuah lagi syarikat pembersihan, memanfaatkan bekalan pekerja sambilan tempatan semasa musim sibuk seperti perayaan Tahun Baharu Cina, merupakan satu cabaran.
Demi mengekalkan mutu perkhidmatannya dan memenuhi permintaan, Sendhelper lantas mengambil pekerja kontrak.
Syarikat itu juga melabur dalam program latihan.
"Tahun lalu, kami membuat komitmen. Kami sebenarnya menggajikan seseorang dengan latar belakang hospitaliti untuk melatih para pekerja bebas serta pekerja kontrak kami untuk memastikan agar mereka benar-benar memenuhi piawai yang sangat tinggi," kata Pengurus Kanan Produk di Sendhelper by PropertyGuru, Yeo Huiling.
Dengan bekalan kakitangan tidak lagi menimbulkan isu, kedua-dua syarikat itu kini memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan kecekapan aliran kerja untuk merebut peluang perniagaan baharu.

Sumber : CNA/AI/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.