Lebih ramai pelawat asing layak yang ke SG boleh guna lorong automatik bagi pelepasan imigresen
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih ramai pelawat asing layak yang memasuki Singapura, termasuk mereka yang melakukan lawatan buat pertama kalinya, akan dibenarkan untuk menggunakan lorong automatik bagi pelepasan imigresen tanpa perlu mendaftar terlebih dahulu.
Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media pada Selasa (25 Apr).
Di bawah Inisiatif Pelepasan Automatik (ACI), kelayakan telah diperluaskan kepada pemegang pasport daripada 51 negara iaitu kenaikan daripada 16 apabila ia pertama kali diperkenalkan pada Mei 2022, menurut ICA.
Antara negara yang layak termasuk Australia, Amerika Syarikat (AS), Malaysia, Jepun, Thailand dan United Kingdom (UK). Para pemegang Kad Perjalanan Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) juga dibenarkan untuk menggunakan lorong automatik.
ICA telah meningkatkan bilangan lorong automatik kepada 130 di Lapangan Terbang Changi dan 40 di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands serta Tuas sejak Mei 2022.
Pada Februari lalu, ICA juga menyatakan ia mempertimbangkan untuk memasang lagi 61 lorong automatik pada 2023, di samping 125 yang sudahpun dipasangkan tahun lalu, supaya dapat memperluaskan "kapasiti pelepasan" bagi para pelawat.
Lebih 4 juta pelawat asing sudah melepasi imigresen menerusi lorong automatik sejauh ini, menurut penguasa tersebut.
PROSES BAGI LORONG AUTOMATIK
Para pelawat asing yang layak boleh menghantar Kad Ketibaan SG mereka menerusi aplikasi mudah alih MyICA atau di laman ICA dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan di Singapura. Penyerahan dokumen adalah percuma.
Mereka akan dibawa ke lorong automatik, di mana biometrik mereka - imej mata hitam, wajah dan cap jari - didaftarkan secara automatik semasa proses pelepasan.
Maklumat mengenai pendaftaran mereka disertakan dalam pas lawatan elektronik, yang akan dihantar menerusi emel selepas pelepasan imigresen.
Pelawat asing, yang sudah didaftar, kemudian boleh menggunakan lorong automatik semasa keberangkatan dan lawatan-lawatan akan datang ke Singapura.
Penguasa tersebut menambah bahawa ia menjangka 95 peratus daripada semua ketibaan di Lapangan Terbang Changi akan melepasi lorong automatik menjelang suku pertama 2024.
Dengan lorong automatik mengambil kurang ruang fizikal dan memerlukan tenaga kerja lebih rendah, ICA akan dapat meningkatkan jumlah pelepasan serta memenuhi jumlah pelawat yang semakin meningkat. Ia menjangkakan jumlah pelawat untuk mencecah 300 juta orang setiap tahun menjelang 2025.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.