Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai pelajar sertai program luar darjah kendalian OBS

Lebih ramai pelajar menyertai program luar darjah yang dikendalikan Pusat Bina Semangat (OBS) yang akan menubuhkan tapak perkhemahan baru dan peralatan latihan inovatif.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai pelajar sertai program luar darjah kendalian OBS
Diterbitkan : 01 Nov 2018 08:32PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 08:36PM

SINGAPURA: Lebih ramai pelajar menyertai program luar darjah yang dikendalikan Pusat Bina Semangat (OBS) yang akan menubuhkan tapak perkhemahan baru dan peralatan latihan inovatif.

Ia sebahagian daripada pelan induk pendidikan luar darjah Kementerian Pendidikan bagi membina daya tahan para pelajar.

Bekerja secara berpasukan adalah salah satu nilai yang diterapkan kepada para pelajar di Kampus East Coast OBS.

Pada mulanya mereka sukar untuk bekerjasama kerana datang dari sekolah-sekolah yang berbeza.

Tahun ini 14,000 pelajar Menengah Tiga mengambil bahagian dalam program Cabaran MOE-OBS.

Jumlah itu lebih seganda daripada 6,000 murid yang menyertainya tahun lalu semasa OBS mempunyai hanya satu tapak perkhemahan di Pulau Ubin.

OBS akan membuka sebuah lagi tapak perkhemahan di Pulau Sekijang Bendera dan ia dijangka dapat mengendalikan 45,000 pelajar setahun di tiga tempat itu mulai tahun 2021.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan