Lebih ramai pelajar sertai kursus bantu tempah tempat ke sekolah menengah menerusi DSA
Pusat-pusat pengayaan melihat adanya minat yang bertambah terhadap kursus-kursus yang ditawarkan bagi membantu para pelajar menempah tempat ke sekolah menengah menerusi urusan skim Kemasukan Langsung ke Sekolah (DSA).

Gambar fail pelajar. (Gambar: Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Pusat-pusat pengayaan melihat adanya minat yang bertambah terhadap kursus-kursus yang ditawarkan bagi membantu para pelajar menempah tempat ke sekolah menengah menerusi urusan skim Kemasukan Langsung ke Sekolah (DSA).
Proses pemilihannya dijalankan menerusi online kerana pandemik COVID-19.
Sebilangan pusat pengayaan menerima kenaikan antara 30 peratus hingga 50 peratus pertanyaan bagi kursus-kursus sedemikian.
Padeia Academy, misalnya, menjalankan program-program bagi para pelajar yang memohon di bawah DSA.
Tahun ini, ia membuka tambahan tiga kelas kerana kelas-kelas lain sudah ditempah sepenuhnya.
Pusat pengayaan itu juga mengambil peluang mengajar teknik-teknik sidang video sedang kelas-kelasnya dikendalikan secara online.
Selain Padeia Academy, satu lagi pusat juga membantu para pelajarnya meningkatkan peluang berjaya dalam proses pemilihan DSA.
Prep Zone Academy menerima sekitar 50 pertanyaan bagi kursus Olimpiad Matematiks pada bulan lepas, berbanding sekitar 30 pada bulan yang sama tahun lalu.
Proses permohonan DSA ke sekolah-sekolah menengah berakhir pada Jumaat (5 Jun), dan proses pemilihan akan bermula dalam sekitar tiga minggu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.