Lebih ramai pekerja sektor pengilangan, binaan cedera parah pada separuh pertama 2023
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menekankan, masih banyak lagi yang boleh diperbaiki, khususnya bagi sektor binaan dan pengilangan.
Ini kerana kebanyakan insiden kematian dan kecederaan dicatatkan dalam sektor-sektor tersebut.
Maka itulah, sistem mata denda yang berkuat kuasa bagi sektor binaan akan diperluaskan kepada syarikat-syarikat pengilangan mulai Oktober ini.
Satu operasi penguatkuasaan yang memberi tumpuan kepada keselamatan mesin dan bekerja di tempat tinggi, juga akan dijalankan.
Mesin tersebut misalnya, boleh memunggah kotak seberat 25 kilogram.
Ia boleh membantu kakitangan di syarikat pembekalan perisa sedemikian mengangkat barang tanpa rasa penat.
Kabinet kalis bunyi bagi mesin pengisaranjuga membantu melindungi telinga mereka.
Inilah antara langkah yang diambil syarikat Silesia untuk mencegah kecederaan di tempat kerja.
Semasa mengunjungi premis Silesia pada Khamis (28 Sep), Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad memuji usaha mereka.
"Ini benar-benar sikap yang ingin kami lihat daripada pihak pengurusan - peka, sedia maklum, dan memikirkan keselamatan para pekerja. Dan saya rasa itulah sebahagian daripadanya, di mana anda mahu jangkau lebih daripada garis dasar dengan mewujudkan persekitaran yang selamat, memberi keyakinan kepada pekerja anda," ujar Encik Zaqy.
Sebanyak 14 kematian di tempat kerja dicatatkan pada enam bulan pertama tahun ini.

Jumlah itu lebih rendah berbanding 28 kematian yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Dalam laporan terkini Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan kemerosotan itu mencerminkan hasil positif yang dicapai sewaktu Tempoh Keselamatan Dipertingkat, yang berakhir pada Mei.
Pertamanya, Singapura berjaya menurunkan kadar kematian di tempat kerja yang dicatatkan secara tahunan.
Ini bermakna, negara ini boleh mencapai matlamat mempunyai kadar kematian di bawah satu daripada setiap 100,000 pekerja.
Sekitar 80 peratus kematian di tempat kerja berlaku dalam sektor binaan, pengangkutan dan penyimpanan.
Kebanyakannya kerana terjatuh dari tempat tinggi, serta keruntuhan atau kegagalan pada struktur dan peralatan.
Sementara itu, kejadian-kejadian cedera parah kekal stabil.
Punca-punca utamanya adalah tergelincir, tersandung dan terjatuh.
Ini disusuli dengan insiden yang membabitkan penggunaan mesin atau jentera.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.