Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai pekerja kemuka tuntutan gaji tidak dibayar pada 2019: Laporan Piawai Pekerjaan

Lebih ramai pekerja mengemukakan tuntutan kepada pihak berkuasa mengenai gaji yang tidak dibayar pada 2019 berbanding tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai pekerja kemuka tuntutan gaji tidak dibayar pada 2019: Laporan Piawai Pekerjaan

(Gambar fail: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 19 Nov 2020 03:29PM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 03:30PM

SINGAPURA: Lebih ramai pekerja mengemukakan tuntutan kepada pihak berkuasa mengenai gaji yang tidak dibayar pada 2019 berbanding tahun sebelumnya. Ini menurut Laporan Piawai Pekerjaan yang dikeluarkan pada Khamis (19 Nov).

Secara keseluruhan, tuntutan gaji naik daripada 2.42 tuntutan setiap 1,000 pekerja pada 2018 kepada 2.68 tuntutan pada 2019.

Ia kemudian merosot kepada 2.46 secara tahunan pada separuh pertama 2020, terutamanya disebabkan oleh kurang tuntutan daripada pekerja asing, menurut laporan itu.

Laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Perikatan Tiga Pihak bagi Pengurusan Pertikaian (TADM) dan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil dan Progresif (TAFEP) itu meliputi tempoh setahun setengah dan bukan setahun untuk meliputi tempoh gangguan disebabkan COVID-19.

TUNTUTAN GAJI

Jumlah tuntutan gaji daripada kedua-dua pekerja tempatan dan asing naik dari 2018 hingga 2019.

Dalam kalangan pekerja tempatan, terdapat 1.53 tuntutan gaji bagi setiap 1,000 pekerja, naik daripada 1.43 pada 2018. Antara sebab kenaikan ini adalah kelakonan lemah daripada perdagangan borong dan runcit dalam industri pada tahun tersebut, menurut laporan itu.

Bagi para pekerja asing, jumlah tuntutan gaji naik dari 4.45 pada 2018 kepada 4.98 pada 2019, antaranya disebabkan oleh lebih banyak tuntutan berkumpulan oleh para pekerja asing dalam sektor binaan, yang juga menunjukkan prestasi lemah pada 2019.

Antara 2019 dengan separuh pertama 2020, sementara jumlah tuntutan gaji meningkat bagi para pekerja tempatan disebabkan oleh "gangguan ekonomi akibat COVID-19", perangkaan itu merosot bagi para pekerja asing.

Ini kerana TADM "sudah menghuraikan secara proaktif" masalah gaji bagi para pekerja asing di dormitori "berbanding menunggu untuk isu itu diadukan sebagai tuntutan gaji," menurut laporan itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan