Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih ramai pekerja jagaan kesihatan dikerah ke Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak KKH

Lebih ramai jururawat dan kakitangan jagaan kesihatan dari dari bidang lain di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dikerah ke Jabatan Kecemasan Kanak-kanak untuk menguruskan jumlah pesakit yang meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih ramai pekerja jagaan kesihatan dikerah ke Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak KKH
Diterbitkan : 18 Feb 2022 07:36PM Dikemas Kini : 18 Feb 2022 07:37PM

SINGAPURA: Lebih ramai jururawat dan kakitangan jagaan kesihatan dari dari bidang lain di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) dikerah ke Jabatan Kecemasan Kanak-kanak untuk menguruskan jumlah pesakit yang meningkat.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, CEO hospital itu Encik Alex Sia berkata kebanyakan pesakit yang datang ke Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak itu tidak memerlukan jagaan kecemasan.

"Kurang 5% peratus daripada pesakit COVID-19 yang diperiksa di Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak, dimasukkan ke hospital (seperti dilaporkan Kementerian Kesihatan)," menurut Profesor Sia.

"Ini juga menyebabkan lebih ramai pekerja jagaan kesihatan ditempatkan untuk memberi bantuan kepada pesakit bagi pemeriksaan dan urusan pentadbiran, selain masa menunggu lebih lama di Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak."

Selain mengerahkan lebih ramai jururawat dan kakitangan jagaan kesihatan dari bidang lain untuk menyokong beban yang kian meningkat, "perubahan infrastruktur" dan "penyesuai jadual kerja" juga dilaksanakan. Ini bagi memastikan kakitangan boleh memberi tumpuan kepada pesakit dan penjaga dalam persekitaran yang selamat dan sesuai.

JUMLAH PESAKIT YANG TINGGI TULAR DI MEDIA SOSIAL

Beberapa catatan Instagram di akaun bernama 'sgnightingales' menarik perhatian netizen kepada jumlah pesakit yang melonjak secara mendadak di Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak KKH.

Menurut Profesor Sia, "tempoh ini amat mencabar" bagi semua orang dan mengucapkan terima kasih kepada kakitangan yang "menggalas tugas tambahan" serta anggota keluarga mereka kerana memberi "sokongan teguh".

"Kami terus memohon pemahaman orang ramai bahawa keutamaan diberikan berdasarkan keadaan pesakit," tambahnya.

Ibu bapa dan penjaga juga boleh membantu pihak hospital untuk meringankan beban, menurut Profesor Sia. Sebagai contoh, mereka boleh merujuk langkah-langkah dalam panduan ini untuk menilai sama ada mereka perlu membawa anak mereka yang diuji positif COVID-19 ke jabatan kecemasan.

Bagi keadaan yang tidak memerlukan rawatan kecemasan, penjaga digalak untuk mengunjungi Talian Nasihat Pediatrik Kecemasan KKH (U-PAL) bagi bantuan untuk sakit-sakit biasa, termasuk demam, batuk, muntah-muntah, cirit-birit, trauma, gatal-gatal serta COVID-19.

Sumber : CNA/NA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan